Sebelum adanya aplikasi komunikasi seperti Whatsapp, antara medium untuk berkomunikasi secara tulisan adalah dengan mneggunakan SMS. Tapi, SMS menggunakan caj talian, jadi bukan sepanjang masa kita akan menggunakan SMS untuk berkomunikasi.
Semenjak Whatsapp diperkenalkan pada tahun 2009, cara berkomunikasi manusia telah berubah sepenuhnya. Mesej yang dihantar menggunakan aplikasi Whatsapp tidak dicaj kerana menggunakan talian internet.
Berapa banyak huruf dalam mesej juga tidak terhad bukan seperti SMS yang mempunyai had huruf tertentu dalam mesej yang nak dihantar. Jadi, Whatsapp telah menjadi alat manusia berevolusi dalam berhubung.
Teknologi makin canggih, maka lebih mudah manusia untuk berkomunikasi sesame sendiri. Bukan setakat untuk berkomunikasi, tetapi juga lebih mudah untuk menjadi manusia yang paling jahat!
Fitnah dan mesej palsu lebih mudah untuk disebarkan. Bayangkan, hanya dengan beberapa klik sahaja, mesej yang mengandungi info palsu dan fitnah sudah boleh disebarkan dengan luas dalam tempoh yang sangat singkat!
Ini Langkah Whatsapp…
Sebagai sebahagian langkah untuk membanteras mesej palsu disebarkan melalui Whatsapp, Whatsapp sendiri telah mengumumkan bahawa mereka hanya akan mengehadkan jumlah mesej yang boleh dipanjangkan (forward).
“Kami mengehadkan lima mesej sahaja di seluruh dunia bermula hari ini,” kata Naib Presiden dasar dan komunikasi WhatsApp, Victori Grand, dalam satu majlis di Jakarta.
Kenapakah Whatsapp mengumumkan langkah ni? Sebab mereka runsing peningkatan mesej yang disebarkan melalui media sosial yang boleh mengakibatkan kejadian pembunuhan dan bunuh diri.
Sebelum ni, anda boleh forwardkan sehingga 20 mesej dalm ssatu-satu masa. Kini, anda hanya boleh forwardkan hanya 5 mesej seleps pengy
Bayangkan anda menguruskan sebuah aplikasi komunikasi dengan lebih daripada 1.5 bilion pengguna seluruh dunia. Mesti anda akan cuba untu memikiskan sesuatu supaya mesej yang tak sepatutnya boleh dikurangkan sebarannya.
Jadi, bagi mereka yang suka sangat menyebarkan berita yang belum pasti lagi sahih, lebih baik anda lupakan sajalah hobi anda itu. Lebih baik anda pastikan berita yang anda nak kongsikan tu adalah sahih dan boleh dipercayai.