Zaman sekarang ini kalau nak pergi mana-mana atau berada di mana-mana sahaja pasti telefon pintar atau gadget menjadi peneman setia kita betul tak? Ini termasuklah dengan kanak-kanak kecil yang sama naik dengan ibu bapa ralit melihat gadget masing-masing walaupun sedang ‘bonding time’ bersama keluarga.

Tetapi pernah atau tidak anda terfikir, apa sebenarnya yang anak-anak anda lihat dan layari di gadget kepunyaan mereka jika tiada kelibat anda? Kami pasti ramai ibu bapa di luar sana yang sebenarnya risau dengan kecanggihan teknologi tanpa batasan zaman sekarang yang boleh mendedahkan anak-anak kecil kita kepada bahaya.

Tapi apa sebenarnya tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menghalang anak-anak daripada ketagihan gadget? Apa yang anda sebenarnya boleh buat untuk memantau aktiviti anak-anak anda semasa mereka melayari internet?

Sebenarnya ramai ibu bapa yang tidak tahu terdapat banyak aplikasi yang ada di AppStore dan juga Google Play  yang ibu bapa sekalian boleh download sebagai alat untuk memantau aktiviti anak-anak semasa mereka melayari internet. Salah satu aplikasi yang ibu ayah boleh download di telefon bimbit masing-masing adalah ‘Family Link.’

BACA JUGA :   Perang Antara Kuasa Ini Akan Menghuru-Harakan Malaysia Kelak!

“Apa tu Family Link?”

Family Link merupakan sebuah apps yang dilancarkan oleh Google khas buat ibu bapa di luar sana dalam memantau aktiviti seharian anak semasa melayari internet. Cara untuk anda gunakan aplikasi ini sangatlah mudah! Hanya buka Google Play di telefon pintar anda dan download apps ini. Bukan saja anda yang menggunakan Android sahaja tau yang boleh dapatkan apps ini sebab anda yang menggunakan iPhone pun boleh download apps Family Link ini di AppStore.

Family Link dari Google ini menyediakan anda kebolehan untuk mengawal penggunaan telefon bimbit anak-anak anda. Apa yang ibu bapa di luar sana harus buat ialah create sebuah akaun Google untuk anak-anak anda dan anda boleh menetapkan sekatan ke atas aplikasi yang mereka download serta berapa lama mereka menghabiskan masa menggunakan gadget.

BACA JUGA :   Teman Wanita Terkejut Sewaktu Berjumpa Dengan Teman Lelaki "Kacak"

Antara features yang terdapat pada aplikasi Family Link ini termasuklah ibu bapa boleh ‘approve’ atau ‘block’ aplikasi yang anak-anak ingin download dari Google Play atau pun AppStore. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh menetapkan had masa skrin gadget anak-anak dan gadget mereka akan terkunci secara automatik untuk waktu tidur mereka dengan jadual yang telah anda tetapkan.

Kalau anda merasa itu sahaja tidak mencukupi kerana tidak dapat memantau secara keseluruhan aktiviti anak-anak anda di laman maya, Family Link juga boleh memberikan anda informasi tentang aktiviti gadget mereka melalui laporan aktiviti mingguan dan bulanan. Bonus bagi anda yang menggunakan Android kerana terdapat beberapa lagi features tambahan yang anda boleh dapatkan supaya pengalaman melayari internet anak-anak anda akan menjadi lebih mesra kanak-kanak.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here