JDT yang sememangnya kuasa besar dalam bola sepak Malaysia. Sejarah sudah membuktikan bahawa 5 musim berturut-turut Johor mengekalkan kejuaraan.

Sepak mula untuk Liga Super 2019 akan bermula pada 1 Februari. Semua pasukan sudah bersedia dengan membawa masuk pemain yang bertaraf bintang dan import yang kualiti. Pasti saingan sengit untuk musim baru kali ini.

#1. Selangor

S44ybep3 o

Selangor akan menjadi pencabar utama kepada kejuaraan. Peralihan Presiden FAS sekarang yang diambil oleh Raja Muda Selangor telah membawa sinar baharu kepada bola sepak Selangor. Mempunyai dana yang cukup kukuh dengan membawa masuk pemain yang berkualiti.

Sudah pasti kemasukan pemain tengah seperti Faiz Nasir yang membawa Terengganu ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu mampu membantu Selangor. Selangor juga mengekalkan mesin gol mereka iaitu Rufino dan JDT harus berwaspada.

BACA JUGA :   Hanya Tinggal Satu Cara Untuk JDT Layak Ke Pusingan Kedua AFC Cup

#2. Melaka United

C8wlhm1z o

Melaka United adalah pencabar utama pasukan JDT. Kejayaan membawa masuk pemain kesayangan JDT iaitu Safiq Rahim. Sudah pasti segala rahsia kejayaan JDT berada dalam tangan Syafiq Rahim.

Bukan itu sahaja, Melaka United juga membawa masuk pemain yang berpengalaman seperti Syukor Adam, Razman Roslan dan penjaga gol negara iaitu Apex masih dikekalkan bersama Melaka. Mempunyai pemain yang cukup berkualiti dan mantap membuatkan JDT akan rasa tercabar.

#3. Pahang

By6xqllt o

Pada musim lalu Skuad Tok Gajah menjadi pencabar kepada JDT. Dollah Salleh masih mengekalkan pemain yang sedia ada dan hanya membawa masuk pemain belia dan presiden sahaja.

Sumareh pemain dinaturalisasikan sudah pasti menjadi duri dalam daging buat semua pasukan. Kelincahannya akan ditagih oleh skuad Tok Gajah bersama dengan Azam Azih seorang pemain muda yang semakin meningkat naik.

BACA JUGA :   Malaysia Jadi Juara Pertandingan Piala Pastri Dunia 2019

#4. Perak

Ia69bacr o

The Bos Gaurus mungkin boleh diibaratkan sebagai pengacau kerana sentiasa menjadi lawan yang sukar buat pasukan JDT pada musim lalu. Musim ini juga pasukan Perak lebih bersedia dengan memgekalkan pemain musim 2019. Prestasi perak yang sentiasa meningkat dan memiliki trio Brazil yang semakin serasi di hadapan gawang gol.

#5. Johor Darul Takzim

Diyn1fl4 o

Mereka sedar bahawa saingan musim ini lebih sengit kerana semua pasukan telah bersedia dengan membawa masuk pemain yang berkualiti.

Sudah pasti kelibat pemain baru mereka iaitu Akhyar Rashid bersama penyerang hebat Buriram United iaitu Diogo Luis Santo akan menjadi tumpuan bersama Safawi Rashid dalam usaha mengekalkan kejuaraan Liga Super.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here