JDT Terus Kontroversi. Selepas Kedah, Sekarang Giliran KLFA.

0
1171

JDT terus terpalit dengan kontroversi. Selepas kes Akhyar Rashid bersama Kedah, kini berhadapan dengan KLFA isu Syazwan Andik.

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menyatakan mereka mahu mengikut langkah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). Mengheret kes perpindahan pemainnya ke peringkat lebih tinggi. KLFA mahu membawa kes Syazwan Andik ke  Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Enuc3ksa o

Menurut KLFA mereka ingin membawa kes ini ke pihak yang lebih tinggi selepas melihat KFA dalam proses mengheret kes Akhyar Rashid ke CAS. Norman Mustaffa sebagai Setiausaha Agung KLFA bahawa beliau kini dalam proses akhir untuk menfailkan aduan rasmi kepada FAM.

Menurut KLFA, Syazwan Andik tidak menepati janji beliau. Sedangkan Syazwan Andik sudah dalam proses lanjutan kontrak dengan KLFA. Sekiranya gagal dalam aduan tersebut, mereka akan membawa kes ini ke CAS.

BACA JUGA :   Tempat cantik tapi tak ramai pelancong datang ?

Phdonkr8 o

Nokman berkata bahawa pihak KLFA akan membuat perkara yang sama seperti pihak Kedah. Mereka ingin mempertahankan hak mereka kerana Syazwan masih pemain Lembah Kota. Sekalipun JDT menyatakan bahawa Syazwan hak mereka, KLFA tidak akan berdiam diri.

Beliau turut menegaskan bahawa mereka  akan menghantar surat seperti mana yang dituntut dalam akta FAM. Surat itu mengandungi segala butiran lengkap tentang isu tersebut. Syazwan telah berjanji kepada KLFA bahawa beliau akan kekal  bersama skuad warga Lembah Kota.

Agruopli o

KLFA menyatakan sebelum ini bahawa mana-mana pihak pasukan yang mahukan Syazwan Andik perlu membayar RM1.6 juta. Syazwan Andik menggunakan klausa  untuk menamatkan kontrak. JDT terus menyambar peluang di depan mata.

BACA JUGA :   Tips Belajar Di Saat Akhir Sebelum Tarikh Peperiksaan

KLFA terpaksa berputih mata apabila Syazwan Andik menjadi ejen bebas. Kemudian beliau membuat keputusan untuk menyarung jersi JDT. Sebelum ini khabar angin mengatakan bahawa dia akan ke Selangor atau Melaka United.

Qdotgya4 o

Nokman turut mengakui kelewatan pembayaran gaji namun beliau tetap menuntut janji Syazwan Andik yang mahu kekal di KLFA untuk musim 2019. Mereka sudah mencapai persetujuan lisan dengan Syazwan Andik.

Nama Syazwan Andik mula meningkat naik selepas aksi konsisten bersama KLFA musim lalu. Membuatkan beliau menjadi bek kiri utama skuad Piala AFF 2018. Kini dia sah pemain JDT yang terbaru.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here