Beberapa hari lalu, media massa dikejutkan dengan insiden sebuah kereta yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.
Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat menjalankan kerja-kerja menaikkan kenderan itu. Pagi ini, satu lagi kejadian melibatkan seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi bunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.
Mangsa dipercayai masih hidup kerana berjaya diselamatkan oleh salah sebuah bot nelayan yang berada dikawasan tersebut pada masa itu
Lelaki berusia 33 tahun itu turut membuat rakaman video secara langsung ketika terjun dari jambatan.
Sementara itu, menurut pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Marziaddi Mahmud, lelaki tersebut terjun ke dalam laut dikilometer 12.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu kawan.
Mangsa seterusnya dibawa ke jeti pangkalan Polis Marin di batu Uban untuk di hantar ke Hospital Pulau Pinang.