KENALI UBAT ANDA: MENGANTUK ATAU TIDAK?

Ubat-ubatan biasanya diambil ketika badan berasa tidak sihat dan ia merupakan salah satu cara pantas untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan, malah untuk memastikan diri sihat dan bertenaga.

Lebih-lebih lagi jika anda ingin memulakan perjalanan jauh atau dekat, di mana sekiranya badan anda tidak sihat, lesu seperti demam, sakit kepala, batuk atau selesema. Ini mungkin akan mengundang ketidakselesaan serta boleh mengganggu pemanduan anda.

Pasti ada di antara kita yang mengambil jalan untuk menelan ubat sebelum memulakan perjalanan sama ada di awal pagi atau malam.

Tetapi adakah kita tahu tentang ubat yang diambil boleh menyebabkan mengantuk atau tidak? Sebaiknya kita perlu tahu terlebih dahulu tentang ubat kita. Perkongsian dari pegawai farmasi, Dziehan Mustafa menjelaskan terdapat beberapa ubat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk jika kita mengambilnya.

UBAT YANG MENYEBABKAN MENGANTUK

Ada antara pemandu yang mengambil ubat-ubatan sebelum memulakan perjalanan seperti balik kampong atau pergi bercuti. Adakah ubat-ubatan yang diambil boleh menyebabkan anda mengantuk atau ‘drowsiness’ yang pastinya mengganggu pemanduan anda.

‘Drowsiness’ atau rasa mengantu ini adalah antara kesan sampingan umum beberapa jenis ubat. Keadaan ini boleh memberi kesan terhadap kemampuan memandu anda atau untuk anda melakukakan apa-apa pekerjaan yang memerlukan tumpuan.

BACA JUGA :   Rusia Buka Peluang Pengajian Perubatan Sesi Oktober & November 2020

Namun, tidak semua individu akan merasai kesan mengantuk ini. Ada individu yang tidak merasai atau ia tidak berkesan walaupun diketahui ubat tersebut menyebabkan kesan mengantuk.

Antara contoh ubat ialah ubat anthistamine yang digunakan untuk melegakan gejala selesema. Terdapat dua jenis anthistamine, iaitu anthistamine lama dan anthistamine baru. Chlorpheniramine, sejenis anthistamine lama akan memberikan kesan mengantuk yang ketara. Manakala, anthistamine baru seperti Cetrizine dan Loratadine pula mempunyai kesan mengantuk yang tidak ketara.

Namun bagi sesetengah individu, ubat anthistamine baru ini juga mampu menyebabkan rasa mengantuk dan boleh mengganggu fokus.

Kesan sampingan ubat-ubatan ini memang berbeza kepada setiap individu. Jom kita periksa senarai ubat-ubatan yang biasa diambil sama ada untuk tujuan rawatan sesuatu jenis penyakit atau ubat yang biasa diambil untuk merawat sakit-sakit umum (demam, batuk dan selesema).

Ubat-ubatan lain yang tidak tersenarai di atas juga mungkin boleh memberikan kesan mengantuk. Oleh itu, anda bolehlah rujuk ahli farmasi anda di premis farmasi yang terdekat atau hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di 1-800-88-6722 (Isnin-Jumaat).

INGIN MENJADI AHLI FARMASI?

Anda berminat untuk berada dalam bidang perubatan namun anda tidak berminat untuk menjadi seorang doktor atau jururawat kerana lebih berminat dengan kerjaya yang berlainan dalam bidang perubatan.

BACA JUGA :   BELAJAR SAMBIL MELANCONG DI MESIR

Anda berimpian untuk menjadi ahli farmasi? Tetapi masih tercari-cari tempat pengajian yang menawarkan bidang farmasi di universiti-universiti terbaik?

Daulah Educonsult adalah jawapan kepada persoalan anda itu!

 

SAMBUNG BELAJAR BIDANG FARMASI BERSAMA EDUCONSULT SDN. BHD.

Anda berminat untuk menjadi bakal graduan bidang farmasi? Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan menggunakan perkhidmatan dari Daulah Educonsult, anda sudah selangkah untuk menjadi ahli farmasi kerana tempat anda telah seratus peratus pasti dan dijamin. Daulah Educonsult akan membantu anda menguruskan segala urusan anda untuk melanjutkan pelajaran anda ke sana serta turut menyediakan khidmat konsult buat anda secara percuma.

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pengajian di luar negara.

BERMINAT?

Daulah Educonsult Sdn. Bhd. merupakan agensi pengurusan pelajar-pelajar ke luar negara dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form (https://docs.google.com/forms/) atau hubungi konsultan kami di (019-943 949).

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here