KESILAPAN INDIVIDU PUNCA KEKALAHAN LIVERPOOL

0
1662

Musim 2017/2018, Liverpool menjadi pasukan pertama yang berjaya menewaskan City pada musim itu. Kali ini City berjaya membalas dendam.

Pada hari ini, City berjaya menebus kekalahan musim lalu dengan menjadi pasukan pertama yang meleburkan rekod baik Liverpool. Liverpool sememangnya layak kalah pada perlawanan awal pagi semalam.

#1. Kesilapan Individu

Kesilapan Dejvran Lovren menyebabkan Liverpool perlu menerima hakikat bahawa rekod bersih tanpa kalah 20 perlawanan akhirnya lebur. gol pertama City hadir setelah Sergio Aguero mudah menerima hantaran Bernando Silva.

Lovren hanya mampu melihat sahaja bola itu tanpa melakukan cabaran dan merampas bola itu. Mungkin Lovrem sedar inilah akibat bercakap besar sebelum perlawanan. Akhirnya memakan diri sendiri apabila gol kedua juga hadir daripada  dirinya kerana tidak melakukan terjahan dan melihat sahaja Sterling membawa bola sebelum disempurnakan oleh Leroy Sane.

#2. Over Confident

Pasukan Liverpool begitu berkeyakinan tinggi setelah berada di puncak liga. Seolah-olah sudah bakal juara sedangkan perlawanan masih berbaki banyak lagi. Inilah akibatnya memandang rendah kepada pihak lawan yang prestasinya tidak menentu musim ini.
Adakah anda penyokong Liverpool bakal mandul lagi untuk musim ini? THIS YEAR OUR YEAR akan terus bergema ALWAYS NEXT YEAR. Liverpool seharusnya menurukan pasukan terkuat seperti mana perlawanan sebelum ini.

#3. Kesilapan Taktikal Jurgen Klopp

 

BACA JUGA :   5 SEBAB MENGAPA LIVERPOOL BAKAL MENJULANG PIALA EPL MUSIM INI

Jurgen Klopp terkenal dengan sistem penggiliran pemain namun kali ini kesilapan besar apabila memasukan pemain yang baru sembuh daripada kecederaan. James Milner seorang pemain yang berpengalaman namun itu semua belum cukup membantu Liverpool menewaskan City.

James Milner yang telah lama tidak beraksi untuk Liverpool diturunkan pada perlawanan yang besar. Gandingan Milner, Wijnaldum dan Hendo tidak serasi dan tak membantu attacking. Klopp harus membeli pemain yang mampu menjadi playmaker jika ingin megejar kejuaraan EPL.

#4. Ketiadaan Shaqiri dan Fabinho

Ketiadaan Shaqiri dan Fabinho memberi kesan kepada perlawanan besar seperti ini. Pemain yang sedang On Form tidak diturunkan. Satu kerugian buat pasukan yang memiliki pemain yang berkualiti. Klopp oh Klopp kenapa perlu merehatkan pemain yang sedang On Form.

BACA JUGA :   Wanita Melayu Jadi Pegawai Kesihatan Liverpool FC

Kemasukan kedua pemain ini pada lewat permainan tidak dapat mengubah keputusan. Terutamanya Shaqiri dimasukkan sebelum 10 minit tamat waktu permainan sebenar. Pasukan City sudah menggunakan taktik bertahan untuk mempertahankan keputusan 2-1.

#5. Kontroversi Gol yang dibatalkan

Gol Mo Salah yang tidak dikira masuk setelah berlakukan situasi kelam-kabut di depan gawang City hasil gerakan Sadio Mane. Bola seolah-olah sudah melepas garisan gawang namun pengadil membatal gol itu setelah melihat rakaman video.

Jika tidak Liverpool mampu mempertahan rekod bersihnya tanpa kalah. Apa pun tahniah City kerana berjaya menewaskan Liverpool.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here