Jika datang bercuti di Kuala Lumpur yang bermain di kepala fikiran pasti KLCC. Sedangkan banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang anda tidak ketahui.

Tempat-tempat ini sepatutnya menjadi tempat percutian anda.Bukanlah di SOGO, KLCC, Jalan Tar dan semestinya bukannya di tempat membeli belah. Kuala Lumpur walaupun bandar metropolitan namun mempunyai banyak tempat yang menarik. Anda pasti tidak akan menyesal dan rasa sungguh berbaloi bercuti di Kuala Lumpur.

#1. Taman Burung Kuala Lumpur

Anda pernah terfikir atau tidak yang Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai Zoo Negara. Mungkin anda sudah jemu melihat haiwan-haiwan di Zoo. Pasti anda akan terpukau apa yang ada di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.

Salah satu tempatyang paling menarik di Taman Tasik ini ialah Taman Burung. Taman Burung ini yang berkeluasan 20.9 ekar. Anda akan terpegun kerana di sini semuanya habitat burung-burung yang eksotik didatangkan daripada seluruh dunia. Pencinta burung tunggu apa lagi?

Waktu operasi adalah setiap hari pada pukul 9.00am sehingga 6.00pm. Harga tiket bagi dewasa dan kanak kanak adalah RM27 dan RM13 sahaja.

#2. Hutan Simpan Bukit Nenas (Taman Eko Rimba KL)

Jika anda seorang yang pencinta alam semula jadi. Jangan risau di Hutan Simpan Bukit Nenas anda dapat melihat keindahannya. Dikenali sebagai ‘Green Lung’ Kuala Lumpur kerana terletak di tengah tengah bandaraya. Anda boleh melihat pelbagai jenis flora dan fauna di sini.

BACA JUGA :   7 Fakta Menarik Tentang Negara Malaysia

Inilah tempat yang sesuai untuk membawa keluarga beriadah kerana hutan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Mempunyai pondok untuk bersantai, padang permainan, tempat berkhemah dan lalauan jogging. Waktu operasi setiap hari pada pukul 7.00am sehingga 6.00pm dan masuk adalah percuma.

#3. District 21 (Level 1, IOI City Mall)

Jika anda yang jenis suka aktiviti lasak tapi bukan OUTDOOR tetapi INDOOR. Jangan risau di District 21 anda akan dapat merasainya. Anda juga akan dapat merasa ala-ala seperti menonton rancangan Fear Factor dan American Ninja Warrior.

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kepuasan kepada anda seperti Sky Trail, The Maze, Wall Climbing dan banyak lagilah. Anda pasti tidak akan menyesal kerana di sini juga menyedia tempat untuk kanak-kanak kecil seperti Playground dan Carousel.

Waktu operasi Isnin hingga Jumaat pada pukul 2.00pm sehingga 8.00pm manakala pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum atau cuti sekolah pada pukul 10.00am sehingga 8.00pm. Harga tiket RM58/pax hari isnin sehingga jumaat dan  hujung minggu atau cuti umum berharga RM75/pax.

BACA JUGA :   Pelawak terkenal menang pilihan raya presiden di Ukraine

#4. Kuala Lumpur Upside Down House

Jika anda yang jenis suka bergambar di tempat yang cantik dan menarik. Di sinilah tempat yang sesuai. Kesemua kedudukan barangan tidak kira dari luar atau hiasan dalaman rumah semuanya kedudukan terbalik.

Pasti kanak-kanak akan terasa teruja kerana pada bahagian rekaanya yang melawan graviti, warna-warni yang ceira dan memang syok dapat bergambar di sini. Waktu operasi setiap hari bermula pukul 9.00am sehingga 7.00pm dan harga bagi kanak-kanak RM10 serta dewasa RM15.

#5. Masjid Wilayah

Tidak perlu pergi jauh-jauh ke Istanbul kerana di Kuala Lumpur terdapat satu masjid yang sungguh indah dan tenang. Reka bentuk masjid ini diinspirasikan daripada Masjid Biru dengan gabungan seni bina Turki dan Melayu.

Di sekiat masjid ini mempunyai air pancut serta tumbuhan hijau yang terjaga dengan baik sekali. Kecantikan masjid ini akan membuatkan anda berasa tenang dan indah. Anda perlu datang sendiri dan melihat keindahannya.

 

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here