Malaysia negara yang berdaya saing menduduki tempat ke-8 sebagai negara yang paling mesra permulaan di dunia. Sesuatu yang membanggakan untuk negara kita.
Menurut Majalah CEOWORLD, kedudukan itu merupakan penilaian tahunan yang dinilai berdasarkan daya saing dan keupayaan negara dalam ekonomi. Terutamanya dalam bidang saintifik dan teknikal yang tertumpu. Malaysia telah membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia negara yang mampu berdaya saing.
Meskipun telah jatuh satu anak tangga, namun Malaysia masih boleh berbangga kerana kedudukannya lebih tinggi daripada Singapura dan China. China dan Singapura yang lebih maju daripada Malaysia namun Malaysia membuktikan bahawa mampu menjadi negara yang berdaya saing dan keupayaan.
Singapura dan China masing-masing menduduki tangga k3 13 dan ke 15. Ini membuktikan bahawa negara Malaysia lebih baik dari segi berdaya saing dan keupayaan dalam ekonomi. Manakala, Indonesia berada jauh di tangga yang ke 33 dan Thailand juga turut ketinggalan apabila berada di tangga ke 50.
Amerika Syarikat yang berada ditangga pertama merupakan negara yang menduduki tangga yag pertama. Seterusnya dikuti oleh United Kingdom di tempat ekdua dan seterusnya diikuti dengan negara Kanada, Israel dan India. India mencipta kejutan kerana mampu berada dalam kedudukan 5 negara di tangga teratas. Negara India sememangnya sebuah negara yang mampu berdaya saing dan keupayaan negara dalam ekonomi.
Penilaian tersebut dilakukan dengan berdasarkan lima kategori iaiti Pelaburan Modal Insan, Penyelidikan dan Pembangunan, Infrastruktur Keusahawana, Tenaga Kerja Teknikal dan Dasar Dinamik. Berdasarkan 5 kategori ini akan membuktikan kemajuaan ekonomi sesebuah negara.
Datuk Yasmin Mahmood yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut berbangga dengan pencapaian negara Malaysia. Menerusi di laman Twiter peribadinya, beliau mengucapkan Tahniah kepada Malaysia kerana berjaya menduduki tempat kelapan dan meninggalkan negara Asean yang lain.
Kejayaan Malaysia yang berjaya menyeimbangkan semua 5 kategori tersebut telah membuktikan bahawa Malaysia berjaya melahirkan pekerja yang mampu berdaya saing. Seterusnya membantu memacu ekonomi negara kepada satu tahap yang boleh dibanggakan.