Masalah bau badan akan memberi kesan kepada kehidupan harian kita. Mudah sahaja untuk hilangkan bau badan.

#1. Mandi 3 kali sehari

Jika anda seorang yang jarang mandi dan suka mandi lewat. Sebaiknya jangan diteruskan tabiat ini. Mengambil masa untuk mandi atau jarang mandi akan membuatkan diri anda mudah berbau badan.

Rutin mandi yang sepatutnya anda lakukan adalah 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan malam adalah rutin mandi yang sebenar. Ini akan membunuh bakteria yang penyebab kepada bau badan tanpa anda perlu risau untuk memakai sebarang wangian.

#2. Makan buah-buahan dan sayur hijau

Buah-buahan memang menyihatkan tubuh badan dan menangani badan daripada berbau. Buah-buahan akan membantu kelancaran proses pencernaan tubuh badan serta dapat membantu mengawal kenaikan berat badan.

BACA JUGA :   Mendengar 'Complain' Boleh Merosakkan Otak Anda

Sayur hijau haruslah dijadikan sebagai makanan utama kerana sayur hijau ini klorofil, serat, vitamin C dan banyak lagi. Sayur hijau yang bagus untuk hilangkan bau badan adalah seperti brokoli, bayam dan kacang panjang.

#3. Minum air putih

Air putih adalah amat penting dalam kehidupan seharian kerana anggota badan memerlukan bantuan air mineral dalam melancarkan air peluh. Bakteria yang ada pori akan keluar daripada tubuh badan. Sebaiknya minumlah air sebanyak 8 gelas air mineral dalam sehari.

#.4 Selalu mengantikan pakaian

Jika anda sering memakai pakaian yang sama dalam masa satu hari, tubuh anda pasti akan berbau. Dalam satu hari anda harus mengantikan pakaian anda sebanyak dua kali. Pada waktu pagi dan juga malam.

BACA JUGA :   Pelanggan Ragu-Ragu Untuk Membeli Barangan Dapur?

Jika anda seorang yang bekerja. Pastikan anda tidak memakai baju yang sama dalam tempoh dua hari berturut-turut. Walaupun baju anda tidak berbau tetapi segala bakteria sudah ada yang melekat dipakaian anda.

#5. Membasuh pakaian dengan bersih.

Pakaian yang dicuci haruslah betul-betul bersih. Pakaian yang dicuci tidak bersih akan meninggalkan segala bakteria pada pakaian. Apabila sudah dicucikan pastikan pakaian itu dijemur dan ianya kering.

Sekiranya anda memakai pakaian yang lembap dan tidak kering sepenuhnya, ini akan membuatkan badan anda berbau masam. Pakaian yang kering tidak akan membuat badan anda berbau.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here