Pelajar perempuan dibuang Universiti, berpelukan dengan “bakal suami”

0
1928

Kaherah, Mesir. Universiti Al-Azhar mengambil keputusan untuk membuang seorang pelajar wanita selepas muncul satu klip video menunjukkan seorang lelaki melutut untuk melamar kekasihnya kemudian gadis itu menerima lamaran tersebut dan berpelukan.

Pihak Universiti mendakwa pelajar tersebut telah merosakkan reputasi universiti. Video yang tular awal bulan ini menunjukkan lelaki itu melutut dengan sejambak bunga serta memeluknya dan dipercayai sebuah permintaan untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.

Video itu tidak dirakamkan didalam kawasan Universiti Al-Azhar tetapi di satu pusat Pendidikan tinggi yang lain iaitu Universiti Mansoura yang terletak di bahagian utara hujung negara itu

Bagaimanapun, jurucakap universiti, Ahmed Zarie, berkata, majlis disiplin kampus Universiti Al-Azhar di Mansoura semalam, ‘memutuskan untuk menyingkirkan gadis berkenaan’.

BACA JUGA :   Petua Merawat Masalah Rambut Gugur Menggunakan Bahan Semulajadi

Katanya, video itu menyebabkan ‘kemarahan awam’ dan keputusan universiti menyingkirkan beliau adalah kerana gadis itu memberikan ‘imej buruk’ kepada Universiti Al-Azhar, yang secara tegas mengamalkan pengasingan jantina.

Beliau berkata, perbuatan berpeluk antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah melanggar nilai dan prinsip masyarakat.

“Wanita berkenaan, bagaimanapun masih boleh merayu keputusan penyingkiran berkenaan”, kata Zarie.

Sementara itu, jurucakap Universiti Mansoura berkata, pemuda yang turut dirakamkan di dalam video itu juga berhadapan sekatan, dan memaklumkan majlis disiplin akan bermesyuarat Isnin ini untuk memutuskan ‘hukuman’ ke atasnya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here