Pemandu kereta Vios yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah SUV terhumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang, disahkan positif ganja selepas saringan awal pemeriksaan urin dilakukan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan, polis sudah mengambil sampel darah mangsa untuk mengetahui kandungan alkohol dan kandungan dadah dalam badannya.

Pemandu Vios yang berusia 21 tahun itu yang dipercayai rakan kepada mangsa SUV yang terhumban ke dalam laut di jambatan Pulau Pinang, masih mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan.

Beliau sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah, namun mendapat rawatan semula di Hospital Seberang Jaya kerana pengsan di rumah.

BACA JUGA :   PELUMBA CUB PRIX: MOHD NOR AZMAN MAUT

Polis turut mengambil keterangan dari rakan-rakan mangsa SUV serta orang awam yang menyaksikan insiden awal pagi Ahad itu.

Siasatan awal mendapati bahawa mangsa merupakan salah seorang dari rakan sekolah rendah dan mereka berhibur bersama tujuh rakan lain di pusat hiburan Lebuh Chulia, sebelum pulang ke rumah pada jam lebih kurang 2.30 pagi.

Dalam kejadian awal pagi Ahad tersebut, dua kenderaan iaitu Toyota Vios dan SUV putih terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai.

Polis juga turut menyiasat dakwaan bahawa kedua-dua mereka sedang berlumba sebelum kemalangan tersebut berlaku.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mencari mangsa oleh pasukan penyelamat yang terdiri. Misi mencari dan menyelamat turut menemukan buku manual kenderaan yang ditemukan di dalam laut.

BACA JUGA :   Murid Tahun 4 maut dilanggar van sekolah

Diharap pasukan penyelamat kita dapat menemukan mangsa dalam masa yang terdekat.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here