Isu pendidikan merupakan antara perkara yang menjadi bualan rakyat tempatan. Jika sebelum ini, peperiksaan bermula seawal Tahun Satu adalah perkara biasa. Sistem pendidikan ini telah lama diterapkan sehingga lebih daripada dua dekad.

Pengubahan sistem pendidikan yang terbaru ini boleh dikatakan satu tindakan berani yang diambil Menteri Pendidikan. Sehubungan dengan itu, perkara ini telah mendapat reaksi olep pelbagai pihak. Ini termasuk juga pendapat positif dan begitu juga sebaliknya.

Pastinya setiap perkara yang diambil oleh Kementerian Pendidikan adalah sesuatu tindakan yang ingin menjamin kelestarian pendidikan Malaysia. Ini antara salah satu usaha yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Setiap sistem pendidikan yang diubah juga mengambil kira beberapa aspek sebelum diperkenalkan.

Menteri pendidikan juga telah mengeluarkan video pendek mengenai sebab-sebab utama pemansuhan peperiksaan bagi Tahun Satu. Ini merupakan antara alasan yang kukuh bagi memastikan pendidikan negara terus terjamin.

Video ini menerangkan 10 Sebab kenapa Peperiksaan Tahap 1 Dimansuhkan. Selari dengan pendekatan pendidikan ke arah "learning centered", bukan lagi "exam oriented". #pendidikanuntuksemua#malaysiamembaca

Posted by Dr Maszlee Malik on Sabtu, 5 Januari 2019

Pemansuhan peperiksaan Tahap Satu ini mula diperkenalkan pada 6 Januari lalu adalah selari memberi pendekatan ke arah pendidikan “learning centered”. Tiada lagi peperiksaan pada pertengahan tahun dan akhir tahun.

BACA JUGA :   Tawaran Belajar Ke Indonesia Sesi September 2021

Selain itu, ibu bapa mahupun penjaga sudah tentunya mahukan kelainan serta permbaharuan dalam era persekolahan anak-anak mereka terutamanya baru menginjak Tahun Satu. Pemansuhan ini juga memperkenalkan serta memperkukuhkan kemahiran 4M iaitu membaca, menulis mengira serta menaakul.

Pembaharuan ini juga sedikit sebanyak memberi nafas lega bagi ibu bapa yang pertama kali menghantar anak mereka ke sekolah. Semestinya sistem pendidikan yang baharu ini secara tidak langsung memperkenalkan murid tahun satu ke alam persekolahan yang tiada tekanan dan belajar sebanyak mungkin di sekolah. Persekitaran ini juga memberi impak yang positif seperti menarik minat pelajar untuk ke sekolah.

Jika sebelum ini, terdapat segelintir pelajar yang terkesan dengan gred peperiksaan mereka. Sekaligus memberikan kesan emosi yang tidak stabil. Jika sebelum ini juga, ibu bapa kerap membandingkan gred pencapaian mereka dengan rakan sekelas yang lain. Namun kini tidak lagi.

BACA JUGA :   Kuasai Bahasa Arab Dengan Madrasah Daulah

Pengenalan sistem pendidikan yang baharu ini terpulang kepada setiap individu. Bergantung kepada anda bagaimana ingin membentuk anak-anak anda. Jika anda ingin menguji pencapaian anak anda tetapi peperiksaan sudah dimansuhkan. Kami cadangkan anda untuk menguji kefahaman anak anda secara tidak langsung di rumah.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here