Satu laporan dari Cowes, United Kingdom yang diterbitkan oleh Yayasan Ellen MacArthur pada tahun 2016, memberi amaran bahawa pada tahun 2050 akan ada lebih banyak plastik daripada ikan di laut.

Di Malaysia saja, 13 juta tan plastik masuk ke laut yang akan mengancam kehidupan marin. Di Indonesia, gelombang banjir plastik di sungai dan lautan telah menyebabkan masalah selama bertahun-tahun. Jalan air di bandar menjadi tersumbat meningkatkan risiko kenaikan banjir. Plastik juga telah menyebabkan kematian haiwan laut yang menelan pembungkus plastik.

Berharap untuk membawa penyelesaian, seorang pengusaha perusahaan eco-technology dari Bali, Kevin Kumala telah menghasilkan bahan plastik “biodegradable dan compostable” yang dibuat dari ubi kayu yang larut dalam air panas, malah selamat untuk digunakan.

BACA JUGA :   Simpanan Untuk Jangka Masa Panjang Menerusi Projek Mustang.

Beliau juga turut menghasilkan produk pembungkusan makanan mesra alam serta boleh dikitar semula.

 

Plastik ini boleh larut dan boleh diminum ini dibuatmenggunakan kanji ubi kayu, minyak sayuran, dan resin organik untuk menghasilkan plastik bio tersebut. Menarik, bukan?

Jika plastik tersebut ditanah di dalam tanah, ia akan menjadi kompos. Malah, apabila beg plastik yang diperbuat daripada ubi kayu itu dicelupkan ke dalam segelas air panas, beg itu akan larut dan selamat apabila dimakan oleh haiwan laut, mereka tidak lagi tercekik atau menelan sesuatu yang berbahaya.

Sekitar tiga tan beg dikeluarkan di kilang-kilang setiap hari dan dijual di kedai-kedai dan hotel, terutama di Bali dan seluruh Indonesia, malah semakin banyak syarikat luar negera yang berminat dengan produk mereka.

BACA JUGA :   Berbisnes Gaya Terkini Bersama Tycoon Group!

Kevin mendedahkan, produk plastik yang dia buat telah menerima pensijilan Eropah dan Amerika untuk produk pembungkusan mesra alam. Harga yang ditawarkan memang agak tinggi daripada plastik biasa, sekitar Rp 200-300 lebih mahal. Tetapi dia yakin bahawa ini boleh menjadi penyelesaian untuk mengatasi masalah sisa plastik.

Kerajaan Malaysia mungkin boleh mengambil inisiatif dari Indonesia dengan memperkenal plastik seperti ini dan menggantikan plastik yang sedia ada.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here