Ragam Pelajar di Universiti. No 3 Paling Ramai Tak Suka.

0
1305

Ragam siswa dan siswi bermacam jenis, ada yang elok dan ada yang menjengkelkan. Anda pasti ada rakan sekelas atau kawan-kawan anda yang sebegini.

Perangai seperti ini selalunya dikategorikan sebagai menjengkelkan. Korang yang sedang belajar di universiti atau yang sudah habis belajar pasti ada kawan-kawan yang begini. Mula-mula rasa annoying lama-lama pasti rindu bila dah habis belajar kan.

#1. Datang Kelas Seperti Fashion Show

Bvyko3py o

Menjaga keterampilan amat bagus sebenarnya tetapi biarlah sesuai dengan keadaan anda yang bergelar siswa dan siswi ni. Kalau datang kelas dah macam pergi fashion show ni , orang sekelilingi anda akan rasa rimas. Seperti mencari perhatian.

Kalau datang kelas pakai sunglasses shade, seluar koyak rabak dan baju pun blind-blind siapalah tak rimas. Lainlah ada event. Boleh je nak berstyle bagai tapi biarlah sesuai dengan keadaan. Lagipun anda mencari ilmu bukan perhatian.

#2. Minta Kawan Signkan Attendance

Hfb4j9y3 o

Mula-mula okay lah kalau memang bersebab kan. Tapi kalau sebab malas dan suka ponteng kelas sampaikan attendance anda kena signkan hari-hari. Memang menjengkelkan lah. Ragam ni memang wujud di mana-mana universiti.

BACA JUGA :   MUET Tidak Akan Dimansuhkan – Maszlee

Pasti anda ada member yang sebegini? Ke anda sendiri? Kalau boleh elakkanlah perangai seperti ni. Tak elok dan tidak berkat menipu pensyarah. Kalau betul anda tidak boleh hadirkan ke kelas beritahu pensyarah dan dapatkan MC yang sah.

#3. Memilih Ahli Kumpulan

53dsdwan o

Situasi ini memang wujud. Ada je yang akan berpuak-puak apabila pesyarah memberi tugasan secara berkumpulan. Ahli kumpulan yang sama sahaja dan kalau dapat ahli yang lain mulalah mengeluh. Sikap ini harus dibuang oleh siswa dan siswi.

Sampai ada rakan yang tidak ada kumpulan kerana masing-masing dah ada ‘Favourite Group’. Kesiankan. Lebih baik pensyarah yang agihkan ahli kumpulan kerana barulah adil untuk semua orang. Barulah masing-masing dapat kenal dengan lebih rapat.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Kejuruteraan Di Universiti Luar Negara Bersama Daulah Educonsult

#4. Lewat ke Kelas

Lh3kopfv o

Kalau lewat bersebab dan jarang-jarang sekali okaylah juga. Kalau dah hari-hari datang lewat. Anda yang bermasalah kerana tidak pandai mendisiplinkan diri. Rakan sekelas pun rasa rimas kalau muka sama je setiap hari masuk lewat ke kelas.

Setiap kali lewat pasti alasan lambat bangun. Lapuk sangat dah alasan tu. Kalau datang sebab  nak sign attendance je baik tak payahkan. Kalau dapat pensyarah yang tegas memang kena halaulah.

#5.  Banyak bertanya

Ckkpvzyp o

Pasti korang semua ada kawan yang suka bertanyakan? Baguslah benda yang tak tahu ditanya. Tapi yang tak bagusnya banyak bertanya soalan yang sudah tahu. Yang tak best saja nak ambil perhatian pensyarah. Kononnya pelajar yang aktif lah.

Ragam pelajar inilah paling menjengkelkan bila kelas dah nak habis, masa itulah yang akan tanya. Anda pasti rimas kan dengan perangai member macam ni.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here