Ribut Di Ipoh turut Musnahkan Kenderaan Pelakon Malaysia

0
975

Lebih 131 buah kediaman musnah akibat rebut petir di ipoh petang ahad lalu, dianggarkan kerugian berjumlah RM 234,146. Antara kawasan yang terlibat ialah Manjoi dan Meru.

Kata salah seorang penduduk Manjoi, ini adalah ribut kali pertama dalam 33 tahun dia menetap di disini. Tambahnya lagi, pada kejadian awal dia hanya menyangka hujan cuma turun dengan lebatnya tapi sangkaannya meleset apabila hujan lebat diselangi dengan ribut petir.

Selain daripada rumah yang musnah akibat ribut, terdapat banyak juga kenderaan-kenderaan dibahu jalan yang remuk dihempap oleh pokok ketika ribut terjadi. Antaranya 2 buah kereta milik keluarga pelakon iaitu Iqram Dinzly.

Kereta milik ibu dan abangnya jenis Proton Gen2 dan Proton Exora kedua-dua nya rosak akibat dihempap pokok manakala, rumah mereka tidak mengalami sebarang kerosakkan yang teruk. Iqram Dinzly juga sempat memuji Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang pantas menjalankan kerja pembersihan pokok-pokok yang tumbang.

BACA JUGA :   Ancaman ribut solar berskala besar, saintis kata manusia belum bersedia

Pesan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal kepada penduduk sekitar Gugusan Manjoi dan Meru yang terjejas akibat kejadian ribut untuk segera membuat laporan polis tentang kerugian yang menimpa bagi memudahkan penyaluran bantuan. Tambahnya lagi, penduduk dingatkan untuk membawa dokumen penting dan mematuhi arahan jika berpindah ke pusat pemindahan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here