Rita Rudaini kecewa punca “mating” Pekan hilang

0
1076

 

 

Bagi pencinta kucing pasti akan berasa sedih dan risau jika kucing kesayangan yang sudah dianggap seperti anak sendiri hilang. Sama seperti pelakon Malaysia iaitu Rita Rudaini yang baru-baru ini viral tentang kehilangan kucing kesayangan beliau yang bernama “Pekan”

Pekan kucing yang berwarna kelabu itu dikatakan hilang di Semenyih, selepas dipinjamkan kepada seseorang atas tujuan “mating” atau mengawan. Pekan yang hilang sejak 2 Januari lalu masih belum dijumpai.

Rita Rudaini turut meminta pertolongan daripada penduduk bandar baru semenyih untuk mencari kucing kesayangan dia. Bagi keluarga Rita, mereka sudah menganggap Pekan seperti keluarga sendiri dan sangat menyayangi Pekan.

Rita juga turut meluahkan perasaannya di laman sosial “Instagram” tentang perasaannya yang sedih tentang berita kehilangan pekan serta kecewa dengan tindakan individu tersebut yang tidak bertanggungawab dan menolong untuk mencari Pekan.

BACA JUGA :   Tragis! Kanak-Kanak Ditemui Hilang Organ Dalaman

Malah, individu tersebut cuba untuk menghilangkan perasaan marah,kecewa Rita dengan menggantikan kucing jantan jenis British Short Hair. Bagi Rita walaupun kehilangan Pekan berganti namun ianya tetap tidak sama kerana Rita telah menjaga Pekan sejak dari kecil lagi.

“Biarpun penat dan deman, saya gagahkan juga diri untuk mencari anak saya Pekan” kata Rita.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here