Saman Serta-Merta. Tiada Lagi Istilah Kompaun Denda.

0
833

Saman maksimun RM300 serta-merta akan dikenakan kepada pesalah jalan raya sepanjang Operasi Tahun Baharu Cina. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati

Menurut Pengerusi Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan, Mohammad Hisham Shafie tidak ada lagi istilah menawarkan diskaun. Salah tetap salah kerana ingin menyedarkan pemandu mengenai keselamatan di jalan raya.

Ck94qcyn o

Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah dengan dihadapkan ke muka pengadilan bagi mendidik sikap pemandu. Saman yang dikenakan tidak dapat memberi pengajaran kepadanya jika pemandu kaya mereka dapat melunaskan bayaran yang dikenakan.

Pesalah trafik tidak lagi dibenarkan kompaun di kaunter trafik PDRM. Sebaliknya akan dihadapkan ke mahkamah dengan serta-merta. Sekiranya gagal menghadirkan diri, mereka akan diberi hukuman yang lebih serius dan berat.

BACA JUGA :   Hanya 2 Jenis Mercun Ini Sahaja Yang Dibenarkan PDRM Untuk Perayaan Tahun Baru Cina

D3pjmaxz o

Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Noor Rashid Ibrahim akan mengenakan saman mandatori RM300. Saman mandatori itu akan dimula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 13 Februari ini.

Enam kesalahan utama yang akan diberikan saman serta-merta ialah memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju, menggunakan telefon, memotong barisan, memotong di garisan berkembar dan tidak mematuhi lampu syarat. Tiada lagi istilah kompaun atau diskaun kepada pesalah. Salah tetap salah.

Fwuspvzv o

Dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka sempena Op Selamat 14 ini. Laluan berkenaan ialah laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan dengan Hentian Sebelah Simpang Pulai. Malahan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai juga dbuka.

BACA JUGA :   Restoran Cina Halal Sekitar Kuala Lumpur

Laluan berkenaan dibuka bagi memastikan kelancaran jalan raya berikutan laluan berikut mengalami kesesakan yang teruk. Setiap kali musim perayaan pasti akan mengalami kesesakan dan ini salah satu alternatif untuk mengurangkan kesesakan.

Znekeryp o

Bagi memastikan tidak ada kejadian buruk yang berlaku anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan itu. Hal ini untuk memastikan kelancaran jika berlaku kecemasan.Pihak mereka juga tiada masalah unutk membenarkan PLUS membuka laluan kecemasan jika ia boleh mengurangkan masalah kesesakan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here