Tidak dapat dinafikan, sambung belajar ke luar negara adalah impian buat setiap pelajar. Jika dahulu, peluang untuk belajar ke luar negara sangat tipis malah terpaksa kuburkan impian ke menara gading ini.

Namun kini, terdapat pelbagai cara untuk menyambung pengajian ke luar negara. Dengan segala bentuk kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan serta badan bukan kerajaan, segalanya kini lebih mudah.

Di sini kami akan tawarkan kepada anda perkhidmatan yang disediakan oleh Daulah Educonsult yang sangat “tip-top”. Daulah Educonsult adalah sebuah agensi yang telah beroperasi pada tahun 2012. Ini adalah salah satu syarikat bumiputera yang menyediakan kemasukan pelajar ke universiti luar negara.

 

Universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult juga bukan sebarang universiti. Setiap universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT), Malaysian Qualifications Agency (MQA), dan banyak lagi. Jadi tidak hairanlah jika Daulah Educonsult telah berjaya membawa ribuan pelajar ke luar negara.

Bukan itu sahaja, bidang pengajian yang ditawarkan juga boleh dikatakan antara peluang kerjaya yang luas di Malaysia. Ramai pelajar yang beranggapan jika menyambung pengajian ke luar negara pastinya sukar untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia. Sangkaan itu salah sama sekali kerana lebih ramai graduan kini sudah berjaya mendapatkan pekerjaan sama ada di ibu kota mahupun luar bandar.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Ke Universiti Di Indonesia Bagi Sesi 2021 Bersama Daulah Educonsult!

Antara bidang yang ditawarkan merangkumi pelbagai aspek antaranya dari segi Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam, Kejuruteraan, Pertanian, Teknologi Maklumat dan banyak lagi. Pelajar juga bebas untuk memilih universiti yang diingini mengikut keputusan pelajar itu sendiri.

Bagi anda yang tidak ingin membuang masa, Daulah Educosult juga menerima pelajar yang ingin menyambung ke peringkat tinggi dengan menggunakan SIJIL PERCUBAAN SAHAJA. Pastinya ini satu peluang keemasan bagi anda yang ingin memendekkan tempoh pengajian. Tidak perlu tunggu keputusan SPM yang rasmi baru ingin mohon belajar ke luar negara. Lebih mudah bukan?

Antara universiti yang mendapat perhatian pelajar perubatan tentulah Kursk State Medical University, Rusia (KSMU) dan Universiti Sumatera Utara, Medan. Universiti perubatan yang menyediakan pelbagai kemudahan serta fasiliti pembelajaran. Daulah Educonsult juga menawarkan kemasukan ke universiti ini buat pelajar Malaysia yang ingin ke sini.

BACA JUGA :   Tempat cantik tapi tak ramai pelancong datang ?

Anda ingin sambung belajar dalam bidang agama Islam. Daulah Educonsult turut sediakan pelbagai bidang pengajian dengan harga yang berpatutan. Antara universiti yang di tawarkan termasukalah Universiti Al-Azhar, Mesir. Indonesia juga turut menjadi pilihan pelajar yang ingin sambung dalam bidang agama.

Kini, peluang sambung belajar ke luar negara bukanlah sesuatu yang mustahil lagi. Jom sambung belajar ke luar negara dengan Daulah Educonsult. Inilah masa yang sesuai untuk ketahui lebih lanjut dan tunaikan impian anda ke menara gading. Sila lihat juga laman rasmi Konsultan Pendidikan Daulah bagi ketahui maklumat yang lebih terperinci.

Bagi anda yang berminat untuk sambung belajar, boleh sahaja daftar di sini. Anda jangan risau, pihak Daulah Educonsult akan hubungi anda dalam kadar yang segera. Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk sambung belajar dalam bidang agama juga boleh mendaftar di sini.

Jika anda ingin terus berhubung dengan pihak Daulah, boleh hubungi terus pihak kami di sini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here