Sekolah Pertama Menggunakan Sistem Biometrik Untuk Pelajar.

0
1936
Sistem biometrik digunakan sebagai rekod kehadiran pelajar. Amat menarik sekali kerana merupakan sekolah pertama di Malaysia menggunakan sistem biometrik ini.

Kita sudah ketahui bahawa kehadiran pelajar kebiasaanya diambil secara manual. Namun kali ini amat luar biasa kerana menggunakan sistem biometrik. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, Johor mengambil inisiatif untuk menggunakan sistem ini sebagai rekod kehadiran.

Nbiaqoxo o

Penggunaan sistem biometrik ini dengan imbasan cap jari untuk mengambil kehadiran murid membuktikan matlamat negara maju makin tercapai. Hasrat wawasan 2020 negara makin berkembang maju nampaknya sudah semakin ke hadapan.

Senanglah kerja guru nanti kerana tidak perlu lagi untuk memanggil nama pelajar kerana semua maklumat sudah direkodkan. Dengan ini dapatlah mengurangkan kes pelajar ponteng sekolah pada siang hari. Rekod balik pun akan dicatat. Memang gempak habislah.

BACA JUGA :   Tergadainya Nyawa Seorang Guru Demi Berkhidmat Kepada Anak Murid

Mvfll7fe o

Lebih menarik lagi adalah ibu dan bapa pelajar boleh menerima terus laporan tentnag kehadiran anak mereka ke sekolah. Menerusi sistem ini ibu bapa tidak perlu khuatir lagi dengan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah.

Ibu dan bapa pelajar juga menyambit baik dengan penggunaan sistem biometrik di sekolah. Benda baik buat apa tidak setuju. Penggunaan sistem biometrik ini pihak ibu bapa perlu membayar sebanyak RM15 untuk menampung kos sistem operasi.

Uw6yh5qk o

Pelbagai inisiatif pihak sekolah untuk memastikan kehadiran pelajar ke sekolah mengikuti masa yang dijadualkan. Penggunaan sistem ini dapat membantu pelajar mendisiplinkan diri mereka dan tiada lagi istilah datang lewat ke sekolah.

Bukan apa kehadiran pelajar ke sekolah akan memberi kesan kepada pengurusan disiplin pelajar. Malahan akan turut menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ini amat bagus dan sewajarnya sekolah-sekolah lain menggunakan kaedah ini.

BACA JUGA :   Cuti Sekolah Dah Nak Habis! Tips Untuk Anak Anda Mudah Bangun Pagi.

Ecc7x6ic o

Alangkah lebih baik lagi jika semua sekolah di Malaysia dapat menggunakan sistem biometrik ini. Malahan, sistem ini juga bagus sekiranya digunakan untuk kehadiran pelajar ke kelas di Universiti yang terdapat di seluruh Malaysia.

Jadi tiada lagi istilah suruh kawan untuk tandakan kehadiran dan penipuan dalam bab kehadiran ke kelas. Benda yang baik haruslah dijalankan dengan serta-merta.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here