Kadang-kala ibu bapa kelihatan bertindak kejam pada anaknya sendiri kerana kesilapan yang dilakukan anaknya. Bryan Thornhill yang bergelar bapa bertindak menghukum anaknya berlari sejauh 1.6 kilometer sebagai balasan terhadap tindakan  anaknya membuli pelajar lain di dalam sebuah bas sekolah.

Bryan Thornhill sekolah
Anak Bryan Thornhill dirakan sedang berlari ketika hujan

Nampak kejam tindakan seorang bapa kepada anaknya sendiri berusia 10 tahun. Anak Bryan Thornhill dilaporkan telah bertindak membuli pelajar lain di dalam sebuah bas sekolah yang dinaikinya. Akibat tindakannya itu menyebabkan dia tidak dibenarkan untuk menaiki bas berkenaan selama tiga hari.

Loading...

Apabila Bryan Thornhill mengetahui perkara tersebut, sebagai seorang bapa juga tidak bersetuju dengan tindakan dilakukan oleh anaknya. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk menghukum anaknya itu berlari selama seminggu sejauh 1.6 kilometer.

Selepas itu beliau turut merakamkan video anaknya yang sedang berlari dan dia sendiri mengekori dari belakang anaknya dengan menaiki kereta. Rakaman video itu menunjukkan anak Bryan Thornhill berlari dalam keadaan hujan. Video itu juga dapat dilihat menerusi perkongsiannya di laman facebook sebagai tontonan umum.

sumber foto : akaun facebook Bryan Thornhill

Video yang dikongsikan itu berdurasi 3 minit 56 saat dan Bryan turut merakam suara latar sebagai penerangan kepada tindakannya itu.

Good Parenting

Great job Dad… (Bryan Thornhill)

Posted by WarriorCode on 3hb Mac 2018

“Hai semua, selamat datang ke ‘lebih baik mendengar cakap ayah 2018’. Anak saya telah dihalang untuk menaiki bas selama tiga hari kerana terlibat dalam kes buli.

BACA JUGA :   Wajarkah Masalah Disiplin Pelajar Hanya Perlu Ditangani Oleh Guru Sahaja?

“Saya tidak akan bertoleransi dan tidak boleh menerima tindakan anaknya itu. Dia akan berlari untuk ke sekolah selama seminggu, lebih kurang satu batu (1.6 kilometer). Menerusi hukuman ini juga dia akan mempunyai pengalaman berlari  untuk setiap hari ke sekolah,” ujarnya dalam rakan video yang dikongsikan.

Bryan Thornhill dengan tindakan itu memberi kesan positif yang mana dia berkongsi tentang respon guru di sekolah  yang mengatakan kanak-kanak itu telah berubah dan tampil bersikap lebih baik dari sebelumnya.

Anak Bryan Thornhill juga tidak terlibat dengan sebarang masalah sepanjang minggu, manakala sebelum kes itu kanak-kanak itu tidak dapat dikawal dan mungkin yang menyebabkan anak itu bertindak sedemikian.

Sekolah
gambar hiasan

Dalam video tersebut itu juga, turut disertakan pesanan buat para ibu bapa di luar sana untuk bersikap tegas terhadap anak-anak dan bukan untuk menakutkan mereka, sebaliknya mengajar anak-anak menjadi seorang insan yang lebih baik.

BACA JUGA :   10 Sekolah Yang Mempunyai Keputusan STPM Terbaik Tahun Ini

Kenapa Bryan bertindak sedemikian adalah supaya anaknya itu bersikap baik dan tidak mengganggu pelajar lain ketika di sekolah.

“Ajar anak anda, bukan jadi seorang kawan kepadanya, jadilah seorang ibu dan bapa, dan itu adalah sikap yang perlu dilakukan untuk mendidik anak-anak zaman sekarang” ujarnya lagi.

Tindakan itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang memuji tindakan mendidik anak itu da nada juga sesetengah yang mengkritik tindakan itu sebagai mendera anak untuk mendapat perhatian.

Selepas ramai yang menontonya di media social, Bryan Thornhill turut menggalakkan video tersebut dikongsikan kepada semua orang kerana ia mempunyai pesanan penting yang terkandung didalamnya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here