Skuad Hoki Gah Tumbangkan Argentina

Di dalam perlawanan penuh mendebarkan malam semalam, pasukan hoki kebangsaan berjaya mencatat kemenangan berharga 2-1 ke atas Argentina dalam saingan Sultan Azlan Shah Cup.

hoki

Loading...

Pasukan hoki Malaysia, yang diberi gelaran ‘Speedy Tigers’ itu mempersembahkan mutu permainan yang begitu meyakinkan, baik di bahagian serangan dan juga pertahanan. Hasilnya, mereka berjaya mengecewakan Argetina yang merupakan pasukan di ranking kedua dunia serta pemenang emas sukan Olimpik lalu.

Justeru, di sini kami rungkaikan sebab sebenar skuad hoki kebangsaan berjaya menundukkan pasukan Argentina :

#1. Refleks Pantas Penjaga Gol

Salah seorang pemain yang paling menonjol pada perlawanan semalam pastinya penjaga gawang, Hairi Abdul Rahim. Tindakan pantasnya membaca gerak serangan pasukan lawan membolehkan beliau menyelamatkan gawang Malaysia yang diserang bertubi-tubi.

hoki
Hairi yang menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan

Refleks penjaga gol juga wajar diberikan pujian. Ini terbukti apabila Hairi berjaya menyekat penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, Gonzalo Peillat iaitu penyerang Argentina daripada menjaringkan sebarang gol.

Kejayaan Hairi menyelamatkan pukulan penalty-stroke daripada Juan Gilardi cukup membuktikan betapa kebalnya beliau di hadapan gawang Malaysia.

#2. Taktikal Pasukan Yang Menjadi

Bermain menentang salah satu pasukan terbaik dunia pastinya memerlukan taktikal dan strategi yang mantap. Pujian wajar diberikan kepada para jurulatih dan pemain kerana berjaya meneutralkan serangan pasukan Argentina yang cukup berbisa.

Lihat sahajalah, daripada 7 pukulan sudut penalti yang diperolehi Argentina, tiada satu pun yang berhasil menerjah gawang Malaysia. Syabas jurulatih dan para pemain sekalian.

#3. Bahagian Serangan Memanfaatkan Peluang Sebaiknya

Sebelum perlawanan bermula, ramai pihak menjangkakan skuad kebangsaan tidak akan mempunyai banyak peluang di depan gol. Maklumlah, bahagian pertahanan Argentina sangat sukar untuk ditembusi.

Oleh itu, setiap kesilapan yang dilakukan oleh pasukan lawan harus digunakan sebaik mungkin. Ternyata perkara itu berjaya dilakukan oleh skuad kebangsaan.

hoki
Kredit foto : Stadium Astro

Tengku Ahmad Tajuddin memecah kebuntuan pada minit ke-20 apabila menolak masuk bola melepasi penjaga gol setelah berlaku kelam kabut di hadapan pintu gol Argentina.

8 minit selepas itu, sekali lagi kelam kabut berlaku di depan gol. Namun, kali ini Nazmi Farizal Jazlan berjaya meloloskan diri untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Kubu Malaysia akhirnya bocor apabila hantaran jauh pemain Argentina disudahkan Diego Paz yang menjadikan kedudukan 2-1. Walaubagaimanapun, skuad kebangsaan berjaya mempamerkan aksi mantap untuk mengekalkan keputusan hingga tamat perlawanan.

hoki

Dengan kemenangan tersebut, pasukan Malaysia kini tangga ketiga di belakang Australia dan Argentina. Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia bakal berdepan India, salah satu pasukan hoki terkemuka dunia.

Diharapkan momentum kemenangan dapat dikekalkan dan semoga skuad kebangsaan mempamerkan persembahan mantap untuk menundukkan India pula.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here