Kejadian gempa yang melanda di kawasan pergunungan Southern Highland, di Papua New Guinea (PNG) awal pagi tadi. Dalam kejadian tersebut ia telah mengorbankan sekurang-kurangya 18 orang penduduk di kawasan tersebut.

 

Loading...

Gempa bumi berskala richter 6.7 itu berlaku pada tengah malam waktu tempatan di kawasan  terletak pada 31 kilometer dari barat daya pusat gempa pada isnin lalu.

gempa
sumber foto : mStar – kedudukan Papua New Guinea

Dalam kejadian tersebut ia telah mengorbankan 55 mangsa yang mana kejadian gempa tersebut 7.5 magnitut mengakibatkan runtuhan tanah  turut berlaku dan keadaan bertambah buruk.

Bencana alam berlaku tanpa disedari dan boleh meragut lebih ramai nyawa sekiranya ia terjadi dalam skala richter yang sangat tinggi. Masyarakat harus bersiap sedia menghadapi bencana seperti ini apabila mendapat amaran dari pihak berkuasa.

Insiden ini dianggap yang terburuk sekali susulan siri gempa bumi yang menggemparkan wilayah yang kaya dengan sumber itu.

Usaha menghulurkan bantuan kepada mangsa terlibat berhadapan kesukaran apabila kejadian itu berlaku di lokasi kira-kira 600 kilometer di barat laut Pelabuhan Moresby. Dianggarkan sekitar 150,000 orang penduduk yang bakal menerima bantuan dalam misi tersebut.

gempa
sumber foto : kosmo

“Saya baru saja menerima berita berkenaan kejadian itu, yang menyatakan 18 orang terkorban malam semalam. Nampaknya kawasan Hides telah dilanda gempa bumi yang begitu kuat.

“Kami belum mendengar sama ada terdapat kehilangan nyawa di sana, tetapi ia adalah sebuah perkampungan besar yang sangat padat dengan penduduk,” menurut kata William Bando yang juga sebagai Pentadbir Wilayah Hela kepada Reuters.

Semalam dilaporkan oleh media tempatan melaporkan bahawa jumlah kematian itu semakin bertambah berbanding kejadian gempa bumi pertama, daripada 55 kepada 75 orang mangsa, meningkat sebanyak 20 orang mangsa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here