MR D.I.Y Trading Sdn Bhd dikenali dengan penyediaan pelbagai jenis barangan bagi yang memberi kepuasan kepada semua pelanggannya yang datang berkunjung ke gedung tersebut. Jika dilihat MR D.I.Y pada hari ini ia telah berkembang luas di Malaysia dengan menawarkan suasana membeli-belah yang lebih menarik dan moden.

 

Loading...

Hari ini juga MR D.I.Y Trading Sdn Bhd secara rasminya telah melancarkan gedung utamanya di Mid Valley Megamall dengan bertemakan ‘Alami perbezaanya’.

Tema dipilih bagi menunjukkan komitmen syaruikat itu untuk memberi peluang kepada masyarakat merasai pengalaman membeli-belah yang lebih menarik ketika berkunjung di gedung MR D.I.Y.

Syarikat itu turut membawa konsep baharu dan reka bentuk lebih anggun yang pastinya membuatkan anda lebih tertarik kali ini. Disamping itu, gedung turut menawarkan pilihan produk paling luas pada harga redah dan membolehkan anda memiliki segala yang dihajati.

Andy Chin yang juga merupakan Ketua Pemasaran MR D.I.Y bersama anggotanya telah merasmikan majlis pelancaran besar-besaran itu baru-baru ini.

sumber foto : berita harian

Gedung baru dibuka itu memenuhi ruang binaan seluas lebih 15,000 kaki persegi. Keluasan tersebut sedia menawarkan pengalaman membeli-belah lebih menarik dan memberi keselesaan kepada setiap pelanggan yang datang ke gedung itu.

Menurut Chin, gedung yang menerapkan unsur reka bentuk moden dan futuristik, termasuk jaring siling berbentuk segi enam yang sememangnya jelas terserlah ditengah-tengah.

Selain itu, rekaan dengan ciri-ciri tersendiri juga sangat menarik dan terserlah seperti kaunter juruwang dengan kemasan batu kuarza serta lorong pengunjung yang sangat lebar.

MR D.I.Y. berasa kagum dengan langkah strategik bertapak di mid Valley Megamall yang juga merupakan lokasi terkenal dan terbesar di Malaysia. Syarikat itu juga yakin dengan konsep baharu itu ‘Alami perbezaannya’, orang ramai dapat merasai sendiri perbezaannya.

Untuk pengetahuan semua juga, gedung itu adalah yang ke 360 di Malaysia dan menunjukkan pencapaian penting bagi pertubuhan MR. D.I.Y. di rantau ini.

Lebih 20,000 jenis produk disediakan menerusi sembilan pembahagian, iaitu perkakasan, isi rumah, barang elektrik, aksesori kereta, alat tulis, alat mainan, hadiah, alatan sukan dan barangan kemas dan kosmetik.

Sempena majlis pelancaran gedung uatam itu turut diadakan majlis penyampaian hadiah praduan ‘Buy, Snap & Win’ MR D.I.Y. yang mana hadiah bernilai RM 60,000 disampaikan kepada pemenang termasuk 10 unit iPhone X dan baucer tunai.

300 pengunjung terawal ke gedung MR D.I.Y. juga diberikan hadiah bernilai RM 3,800 pada hari pelancaran tersebut.

Kepada anda semua, datanglah beramai-rami ke gedung utama MR D.I.Y. bagi merasai perbezaanya kerana ia memang sangat berbeza dengan gedung lainnya.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here