Software atau program aplikasi graphic design berdasarkan dua kategori utama. Mungkin anda tidak tahu nama spesifikasinya.
Anda akan tahu jika anda seorang graphic design. Dua kategori utama ialah gambar design Vektor dan gambar design Raster. Design Raster juga dikenali sebagai Bitmap. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan berfungsi kepada yang tertentu sahaja.
#1. Perbezaan Grafik
Grafik Vektor disusun oleh geometri. SIfatnya adalah bebas dan apabila anda Zoom ia tidak akan rosak, kabur atau rosak. Saiz storan agak kecil.
Raster disusun oleh objek dikenali sebagai piksel. Sifatnya adalah resolusi bergantung dan mempengaruhi resolusi. Saiz simpanan yang agak besar.
#2. Fungsi
Kegunaan Vektor adalah sesuai untuk semua jenis reka bentuk yang bergantung kepada bentuk yang direka. Ia sesuai untuk logo, Animasi 2D, Clip Art, Pattern, ELemen pada halaman website dan icon.
Fungsi Raster pula digunakan untuk imej yang kompleks kerana melibatkan pelbagai warna dan bentuk. Sesuai untuk poster bergambar, gambar lukisan dan gambar manipulasi.
#3. Perisian Yang Digunakan
Untuk Vektor tidak semua perisian atau software yang boleh digunakan. Vektor yang digunakan adalah Corel Draw, Adobe illustrator, Sketch, Affinity atau Inkscape. Software ini adalah yangs sesuai digunakan untuk graphic designer.
Perisian Raster menggunakan perisian atau software yang cukup besar. Ia melibatkan proses untuk mengedit gambar. Software yang digunakan oleh Vektor ialah Adobe Photoshop, Adobe Fireworks, Corel Photopaint atau GIM.
#4. Format Simpanan
Fail Vektor adalah tidak besar. Format yang biasa digunakan ialah AL (Adobe illucstrator), EPS (Encapsulated PostScript), SVG (Scalable Vector Graphics) dan DXF (Drawing Exchange Format).
Bagi Raster pula menggunakan format simpan yang besar. Format yang sering digunakan oleh Raster adalah PSD (PhotoShop Document), JPEG (Joint Photographic Expert Group), PDF (Portable Documen Format), GIF (Graphic Interchange Format), PNG (Portable Network Graphics) dan PSD (Photoshop Document).
#5. Kekuatan
Melalui Vektor dapat mengubah saiz imej tanapa menjejaskan kualiti imej yang telah direka bentuk. Tiadalah istilah gambar pecah atau kabur apabila di print out.
Manakala Raster pula dapat meningkatkan kualiti gambar dengan effect tertentu. Raster dapat menambahkan kesan khas seperti pengcahayaan dan baying-bayang. Penghasilan gambar lebih menarik dan bermutu.