Hajat sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan bakal bersanding awal bulan depan tidak kesampaian apabila mereka berdua ditemui maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista, semalam.

Kedua-dua mangsa kebakaran dikenali sebagai Wan Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, yang merupakan penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu mengejutkan jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Zulkiflee, sedang berehat di rumahnya sebelum seorang jiran memaklumkan tentang kebakaran itu. Mereka bagaimanapun gagal untuk menyelamatkan mangsa kerana rumah mereka berkunci.

Jiran mangsa menjelaskan pasangan tersebut baru sahaja menyewa rumah tersebut awal tahun ini. Dia difahamkan pasangan tersebut merancang untuk mengadakan majlis persandingan sebelah perempuan pada 2 Februari ini di Kangar, Perlis, dan sebelah lelaki pada 6 Februari di Jerteh, Terengganu.

BACA JUGA :   Ayah maut dihempap pokok, anak berusia 3 tahun cedera ringan

Dalam kejadian itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pihak bomba terpaksa memecahkan jeriji di pintu utama serta pintu rumah kerana ia berkunci dari dalam.

Anggota bomba berjaya masuk ke bilik utama dan menemui seorang lelaki di dalam tandas bilik utama rumah itu. Manakala, wanita tersebut pula ditemui terbaring di atas tilam dengan kesan kebakaran.

Mangsa Norwahidah dikatakan maut di tempat kejadian manakala suaminya yang menerima rawatan daripada anggota Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga gagal diselamatkan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan punca kebakaran masih disiasat.

Namun, Ketua Jabatanย  Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengatakan kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

BACA JUGA :   Pemandu Maut Dilanggar Pemandu Myvi Positif Dadah

Beliau berkata ia berdasarkan laporan awal bedah siasat mangsa wanita tersebut mendapati ada kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepala mangsa.

Laporan bedah siasat terhadap mangsa lelaki bagaimanapun belum diperoleh.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here