SULTAN MUHAMMAD V Letak Jawatan Serta Merta

0
1632

SULTAN Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertuan Agong XV. Keputusan peletakan jawatan baginda itu telah mengejutkan ramai pihak.

Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz iaitu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara berkata perletakan jawatan baginda itu selara dengan Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, baginda sudah memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

“Bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. Istana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.  Berkuat kuasa pada 6 Januari (Ahad) bersamaan 29 Rabiuakhir 1440H selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Peletakan jawatan oleh Baginda telah menjadi tanda tanya oleh ramai pihak kerana ini kali pertama dalam sejarah Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Sepanjang menjalankan tugas, baginda telah memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult, konsultan pelajar yang berdedikasi tinggi

Desas-desus mengenai kedudukan Sultan Muhammad V mulai tular beberapa hari lalu. Di mana, Majlis Raja-raja bermesyuarat selepas Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhamad V bercuti selama dua bulan mulai 2 November untuk menjalani rawatan. Tugas baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong telah dijalankan oleh Sultan Nazrin selama ini.

Tersebarnya di laman sosial namun Dr Mahathir yang ditanya mengenai dakwaan kononnya Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas baru-baru ini. Beliau tidak menerima sebarang makluman atau surat rasmi mengenai dakwaan kononnya Sultan Muhamad V akan melepaskan jawatannya. Namun peletakan jawatan Baginda telah menjawab segala spekulasi.

Kebiasaanya Pertuan Agong dilakukan secara bergilir pada setiap 5 tahun. Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Baginda adalah antara ketua negara yang tidak cukup lima tahun penggal perkhidmatan selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Disember dan ditabalkan pada 24 April 2017.

“Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.

Menurut kenyataan itu lagi, baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan tentera, amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.

“Kepada rakyat Malaysia, baginda bertitah supaya terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat. Demi memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini agar Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni,”katanya.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here