Selepas Proton tampil dengan SUV pertama mereka pada tahun baru, nampaknya jenama kereta tempatan ini juga bakal mengeluarkan sebuah lagi SUV terbaru mereka. Untuk anda yang berkeluarga dan sedang mencari kereta SUV baru sempena tahun baru ini tetapi masih ingin mengekalkan bajet sederhana, mungkin SUV keluaran Perodua ini sesuai untuk anda.
Perodua bakal mengeluarkan sebuah lagi SUV mampu milik yang sudah pun mempunyai nama iaitu ‘Aruz’ yang selama masih menjadi tanda tanya.
Hari ini Perodua mensasarkan jualan keseluruhan bulanan model kereta terbaru ini sebanyak 2,500 unit dalam tempoh masa sebulan atau sebanyak 31,100 buah bagi tahun ini.
Model SUV keempat Perodua ini merupakan model transformasi syarikat itu yang telah menetapkan piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan juga keselamatan. Model ini juga telah diperakui dengan penarafan keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP.
Model SUV terbaru oleh Perodua ini mempunyai perincian keselamatan yang sangat terperinci termasuklah dengan adanya sistem bantuan pemanduan yang akan membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan gentian pemanduan yang selamat.
Turut didatangkan dengan perincian serba baharu ASA 2.0 yang mempunyai pengesan pejalan kaki sehingga 50 km/j serta kelajuan operasi yang dipertingkatkan dengan 100 km/j untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan juga 80 km/j untuk sistem Break Pra-Pelanggaran. Selain itu, sistem keselamatan model SUV ini turut menggagungkan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (Front Departure Alert) dan juga Kawalan Kesilapan Menekan Pedal (Pedal Misoperation Control).
Aruz juga dilengkapi dengam teknologi canggih seperti Butang Mula / Henti Enjin yang standard untuk semua jenis varian, dilengkapi dengan cangkut anti-ragut bagi menghalang kecurian, cangkuk utility di bahagian belakang kerusi, dilengkapi dengan radio skrin sesentuh dengan kamera undur, penghawa dingin digital dengan dua tetapi memori dan alat pembaca kad tol terbina dalam.
Bagi jenis Advance pula ianya mempunyai ciri yang lebih esklusif dengan perincian tambahan seperti kemasan kerusi kulit, stereng dibalut kulit dengan kawalan terima panggilan dan juga perakam video memandu bersepadu, lampu kabus dan rel bumbung bakal ditambah untuk memberikan gaya yang lebih kepada jenis varian ini dan juga lampu depan LED dengan fungsi ‘Follow-Me-Home.’
Untuk model Aruz varian teratas juga bakal dilengkapi dengan Smart Link, navigasi, Bluetooth dan HDMI.
Perodua Aruz juga digayakan dengan rim aloi dwi-tona berukuran 17-inci dengan ketinggian 220 mm dari aras tanah.
Anak-anak anda tidak perlu lagi berebut-rebut tempat duduk kerana barisan tempat duduk kedua bagi model SUV ini dibahagi 60:40 manakala barisan ketiga 50:50. Jika anda ingin lebih ruang lagi tanpa tempat duduk, kedua-dua barisan tempat duduk ini juga boleh dilaraskan, dilipat dan digolek.
Model Perodua Aruz ini akan mula dijual dengan harga anggaran bermula RM72,200 dan RM77,200 (harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia). Anda boleh memilih lima warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna terbaharu iaiti Amazon Green.
Perodua Aruz ini akan ditwarkan dalam dua jenis varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance