Tak ada apa yang lebih bagus kalau nak menghabiskan hujung minggu yang ada dengan beriadah, mungkin menghabiskan masa bersama keluarga. Bersantai dan rileks di taman. Itu antara aktiviti yang biasa dibuat oleh warga bandar.

Tahukah anda, di Kuala Lumpur ni ada juga banyak taman yang menarik untuk dikunjungi oleh seisi keluarga. Jadi, tak perlulah anda semua asyik berulang pergi ke taman yang ada di kawasan perumahan itu saja.

Nak tahu apa lagi taman yang ada di sekitar Kuala Lumpur ni? kami dah senaraikan apa yang ada di seluruh KL supaya anda tak payah nak susahkan diri anda!

#1. Lake Garden Kuala Lumpur (Taman Tasik Perdana)

Kalau Amerika Syarikat ada Central Park kat tengah-tengah bandar New York, Malaysia pun apa kurangnya. Lake Garden atau lebih dikenali sebagai Taman Tasik Perdana merupakan antara taman yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Lake Garden KL sangat sesuai kalau nak dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga.

Walaupun dah lama dibuka, sejak tahun 1888 lagi, ia tak pernah gagal menarik kedatangan orang tempatan dan pelancong luar. Jangan risau tentang taman yang sesak seperti taman di rumah anda kerana taman ini terletak di tanah seluas 91.6 hektar!

BACA JUGA :   Mata Pedih Disangka Habuk, Rupanya Lebah 4 Ekor!

Selain daripada sesuai untuk aktiviti riadah, aktiviti lain yang boleh dibuat adalah mendayung, taman rama-rama serta taman rusa. Paling menarik, anda boleh pergi ke taman ini dengan menaiki MRT dan anda hanya pelru turun di stesen Muzium Negara.

#2. Taman Metropolitan Kepong

Mungkin anda sedang mnecari taman dengan tasik yang boleh dijadikan tempat memancing atau pun dengan padang luas untuk menerbangkan laying-layang, tapi ada ke taman yang macam ni?

Siap ada menara tinjau lagi kat Taman Metropolitan Kepong ni! (sumber gambar: Youtube)

Mestilah ada! Taman Metropolitan Kepong yang berdekatan dengan MRR2 adalah tempt yang boleh anda kunjungi. Taman yang luas ini pun turut dipadankan dengan tasik buatan manusia seluas 57 hektar. Pali best, anda boleh cuba skil memancing anda di sini!

#3. Taman Tasik Titiwangsa

Siapa saja yang tak tahu taman tasik ni? Tasik yang luas dan terletak di pinggir Kuala Lumpur. Tasiknya terkenal dengan air pancut yang tertinggi di Malaysia dan siap ada kemudahan bot kayuh lagi.

BACA JUGA :   11 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bercuti Di Krabi, Thailand
Air pancut ikonik di Taman Tasik Titiwangsa. (Sumber gambar: Trip Advisor)

Kalau dulu, Taman Tasik Titiwangsa terkenal dengan Eye On Malaysia, roda feris yang terbesar di Asia Tenggara. Orang daripada seluruh Malaysia berpusu-pusu semata-mata nak naik roda feris sambil menikmati pandangan Kuala Lumpur.

#4. Taman KLCC

Dah penat shopping kat Suria KLCC, apa kata anda hilangkan penat tu sambil mencuci mata di Taman KLCC. Terletak betul-betul bersebelahan KLCC, taman ini merupakan antara taman dalam bandar yang wajib anda kunjungi.

Menariknya tentang taman KLCC ni, ia direka oleh pereka taman lagenda Brazil, mendiang Roberto Burle Marx. Ia dipenuhi dengan tumbuhan tempatan dan pelbagai spesies pohon palma yang ditanam khusus untuk menarik perhatian burung-burung yang berhijrah.

Ketenagan di tengah bandar kuala Lumpur hanya di Taman KLCC. (Sumber gambar: KL Attraction)

Bukan saja ada trek joging yang menarik, ia juga cukup sesuai bagi keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Cuma, kadang-kadang ia dipenuhi dengan orang ramai kerana lokasinya di sebelah KLCC.

Apa lagi yang anda tunggu tu? Pilih saja mana-mana yang kami dah bagi ni dan nikmati masa yang berkualiti bersama keluarga anda!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here