Rambut makhota yang penting untuk perempuan atau lelaki. Mengapa perlu menghabiskan duit yang banyak sedangkan penjagaan rambut boleh dilakukan di rumah.

Sedangkan untuk penjagaan rambut tidak perlulah menghabiskan banyak wang ringgit di mana-mana Saloon. Sedangkan di rumah anda boleh menjaga rambut. Tidak perlu membazir hanya semata-mata ingin mendapatkan rambut yang menarik, lembut dan bersinar.

#1. Keringkan Rambut Dengan Betul

Selepas mandi sebaiknya anda mengeringkan rambut yang sedang basah dengan menggunakan tuala. JANGAN biarkan ia basah kerana akan membuatkan rambut anda mudah rosak. Jika tidak rambut anda akan menjadi kering dan kusam. Tidaklah sukar untuk penjagaan rambut.

Sebaiknya, goyangkan kepala anda terlebih dahulu selepas mandi supaya dapat mengurangkan lebihan air pada rambut. Selepas itu, lap dengan kadar perlahan setiap helaian rambut mengikut arah rambut tumbuh untuk mengeringkannya

Elakkan penggunaan alat pengering rambut. Haba yang dihasilkan oleh alat tersebut mampu merosakkan rambut anda. Jika benar-benar perlu menggunakan alat pengering rambut, pastikan ia ditetapkan dalam tetapan haba yang paling minimum.

BACA JUGA :   Apa itu Plasma Darah untuk COVID-19?

#2. Mencuci rambut secara berkala

Anda dinasihatkan untuk mencuci rambut selang sehari atau mencuci ketika kulit kepala terasa gatal dan berminya. Ketika mencuci, harus menggunakan cara dan teknik yang betul barulah rambut akan terjaga.

Pertama sekali bilas rambut dan kepala anda menggunakan air yang suam untuk membuka liang-liang pori pada kulit kepala. Jangan menggunakan air yang panas kerana menyebabkan minyak semulajadi pada kulit kepala hilang.

Setelah itu, ratakan syampu pada kulit kepala sambil urut dengan perlahan menggunakan jari-jemari anda dan bilas menggunakan air biasa.

#3.  Guna produk rambut yang sesuai

Penggunaan gel rambut atau semburan rambut yang terlalu banyak membuatkan rambut kurang sihat. Jadi, minimakan penggunaan produk yang mempunyai bahan kimia kerana penjagaan rambut akan terjejas.

Syampu juga amat penting dalam memastikan rambut anda kekal sihat dan bergaya. Penggunaan syampu yang mengandungi bahan kimia akan membahayakan kesihatan rambut anda.  Seeloknya menggunakan syampu yang mempunyai bahan semulajadi.

BACA JUGA :   5 Hidangan Makanan Bantu Penyakit Migrain

#4. Trim rambut secara berkala

Anda juga boleh memasikan rambut sentiasa kekal dengan trim rambut secara berkala. Seeloknya trim rambut anda setiap empat hingga enam minggu sekali.

Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan rambut yang rosak terutamanya rambut bercabang. Penjagaan rambut ini akan membuatkan rambut anda sentiasa kemas dan rapi.

#5. Amalkan gaya hidup yang sihat

Penjagaan rambut juga anda perlu pastikan cara gaya hidup yang diamalkan. Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang supaya mendapat nutrisi rambut yang mencukupi. Elakkan tabiat merokok kerana itu amalan yang kurang sihat.

Gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan dan juga proses tumbesaran rambut.  Amalan gaya hidup sihat pasti akan membuatkan rambut anda lebih bergaya dan segak apabila dijaga dengan baik dan betul.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here