Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan bahawa semua parti politik tidak memasang apa jua bentuk bahan kempen di tiang api.
Setiap kali PRU pasti ada mana-mana pihak parti yang mengantungkan bendera di tiang api. Kali ini telah bertegas tidak akan membenarkan lagi bahan kempen di gantung di mana-mana premis dan pemasangan elektrik milik syarikat utiliti ini. Sepanjang tempoh PRK Parlimen Cameron Highlands akan diperhatikan.
Larangan ini termasuklah menampal atau mengantung baha-bahan kempen seperti poster, bendera dan sepanduk. Tidak kiralah di mana sahaja tempat milik syarikar TNB dilarang sesame sekali. Terutamanya di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.
Melalui kenyataan media berkata, perbuatan tersebut amat berbahaya dan berisiko tinggi. Ia berbahaya dan berisiko tinggi kerana boleh mengakibatkan renjatan elektrik dan percikan arka (flashover). Bukan sahaja boleh merosakkan harta benda malah nyawa turut terancam.
Pemasangan bahan-bahan kempen tersebut juga boleh menghalang warga kerja mereka untuk datang membaiki. Kesukaran untuk mendapat akses dalam kerja-kerja penyenlenggaraan dan pemulihan bekalan.
Orang ramai juga tidak dinasihatkan supaya tidak memegang, membawa atau memasang tiang bendera di bawa mana-mana talian penghantaran elektrik. Hal ini ini sangat berisiko tinggi kerana voltan elektrik sentiasa mengalir. Sesiapa yang berada berdekatan atau berhampiranĀ boleh menyebabkan renjatan elektrik kepada mereka.
TNB turut berkata bahawa di bawah peruntukan Seksyen 37. Akta bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), pelaku boleh di dakwa dan jika didapati bersalah akan didenda.
Sebagai langkah pencegahan, akan sentiasa membuat rondaan dan pantauan. Matlamat TNB adalah untuk menurunkan bahan kempen pilihan raya. Ini adalah salah satu langkah TNB di mana ingin mengurangkan risiko yang boleh menimbulkan bahaya dan masalah kepada pengguna.
TNB turut memohon jasa baik orang ramai yang ternampak situasi yang boleh mengancam keselamatan orang lain atau menjejaskan bekalan elektrik. Dinasihat segera untuk menghubungi Facebook TNB CareLIne atau talian 15454. Tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mencegah perkara yang tidak diingini berlaku.