Baru-baru ni telah viral satu ciptaan oleh seorang pelajar di Jepun, iaitu storan digital USB atau lebih dikenali sebagai pendrive. Apa yang mengejutkan dunia internet adalah pemacu USB ni dibuat menggunakan ikan?

Ya, betul! Pemacu USB ni dibuat menggunakan otak ikan sebagai tempat penyimpanan segala macam memori dan fail yang nak disimpan. Ciptaan pellik dan unik ini merupakan hasil cetusan idea pelajar dalam bidang kimia.

 

Imej bagi alat pemacu USB ni dimuat naik ke sebuah pengguna Twitter, @ni28_xp yang menunjukkan bagaimana alat pemacu USB ni dibina dengan ikan yang telah mati disambungkan dengan beberapa komponen elektronik.

Jadi macam mana pemacu USB ni dihasilkan? Ia dibuat dengan menyambungkan otak ikan yang telah mati dengan beberapa komponen elektronik bagi membolehkan maklumat dan fail boleh disimpan ke dalam otak ikan yang telah mati.

Ikan yang digunakan nampak seperti sejenis ikan bilis yang bersaiz kecil dan mudah disimpan dalam bekas kecil. Katanya, pemacu USB otak ikan ni boleh menyimpan sehingga 32 GB memori. Wau! Banyak tu!

BACA JUGA :   PENUTUPAN PASAR TSUKIJI BERAKHIRNYA ERA PASAR IKONIK JEPUN
Proses menghasilkan USB otak ikan ni. (Sumber gambar: Twitter @ni28_xp)

Ciptaan pemacu USB otak ikan ini khabarnya akan dipamerkan di pameran HandMade In Japan Fest 2019 pada 12 Januari ini. Gajet pelik ini juga akan dipasarkan pada harga 7,800¥ atau RM297.

Sebenarnya Pemacu USB Otak Ikan Ni…

Ciptaan pemacu USB yang menggunakan otak ikan ni telah menggemaprkan seluruh dunia internet. Ada yang mengatakan bahawa dunia telah menjadi terlalu maju dan teknologi terlalu ke depan dengan perkembangan gajet otak ikan ni.

Pemacu USb rekaan lain oleh pereka yang sama. (Sumber gambar: Twitter @ni28_xp)

Ada juga yang mengatakan takut dengan ciptaan ini kerana menghidupkan sesuatu yang telah mati dan digunakan semula.

TAPI…

Sebenarnya, pemacu USB yang menggunakan otak ikan ini hanyalah sebuah hoax atau pun penipuan! Ikan kecil yang digunakan hanyalah sekadar hiasan untuk menarik perhatian pengguna.

BACA JUGA :   Pasangan kekasih bakal dihukum gantung, bina rumah atas laut

 

Tech-Critter telah mendedahkan bahawa sambungan komponen elektronik dalam pemacu USB itu hanyalah sekadar gimik hiasan dan takkan berfungsi. Kalau dilihat dnegan lagi teliti, penyambung USb tu sendiri adalah tempat memori disimpan.

Dalam akaun pengguna Twitter yang sama, kalau dilihat dan diskrol lagi, akan aada 1 gambar rekaan alat pemacu USB yang sama tetapi tanpa ikan yang dah mati. Jadi, ikan yang diletakkan itu hanyalah sekadar hiasan dan gimik pemasaran!

2 gambar menunjukkan rekaan alat pemacu USB tanpa sebarang ikan daripada pereka yang sama. (Sumber gambar: Twitter @ni28_xp)

 

Mustahil? Tak mustahil pun. Betul teknologi dah makin berkembang tapi tak cukup maju untuk gunakan otak ikan sebagai tempat menyimpan segala macam memori dan fail. Tapi teknologi dah cukup maju untuk kecilkan saiz alat storan.

Contoh alat pemacu USB yang bersaiz kecil menunjukkan kemajuan teknologi penyimpanan memori yang makin maju. (Sumber gambar: Pentax User)

Menggunakan otak sebagai tempat penyimpanan memori secara elektronik mungkin akan dicapai pada masa depan tapi pada masa sekarang, saiz alat pemacu USB ni pun dah cukup bagus.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here