Kalau anda pernah berkunjung ke luar negara lagi-lagi kalau negaranya bukan majority rakyatnya beragama islam, mencari makanan yang sesuai dan halal adalah satu cabaran paling besar.

Baru nak berseronok berjalan-jalan di negara orang, dah kena memikirkan makanan yang halal dan tak mengandungi bahan yang haram seperti daging yang disembelih dengan betul, tiada alkohol, dan paling penting, tidak mengandungi khinzir.

Produk yang boleh mengesan DNA babi dengan mudah dan cepat. (Sumber gambar: FMT)

Sebuah syarikat tempatan, Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan sebuah produk yang boleh menguji kehadiran DNA khinzir dalam sesuatu bahan terutama sekali bahan berupa makanan dan juga minuman.

Produk yang diperkenalkan ini adalah berdasarkan prinsip immunokromatografi yang berbeza dengan kaedah ujian DNA. Ia masih boleh dijadikan ujian semikuantitatif sebagai satu bentuk saringan awal.

BACA JUGA :   Makam Di Masjid al-Husein

Ujian yang dijalankan oleh kit pengesanan  ini adalah lebih cepat dan boleh dijalankan di mana-mana saja tanpa peralatan yang kompleks dan susah. Hasil saringan menggunakan alat ini juga lebih cepat.

Hanya JAKIM Yang Boleh Lakukan Ujian DNA Babi dengan Tepat.

JAKIM adalah badan kerajaan yang mengawal selia sijil halal di Malaysia. (Sumber gambar: Berita Harian)

Selepas tular mengenai alat ujian saringan DNA babi itu, JAKIM memberikan respon yang tak menyokong kewujudan produk ini kerana ia boleh mengelirukan masyarakat sekeliling mengenai ujian DNA khinzir ini.

Hanya ujian yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia yang boleh digunakan untuk digunakan sebagai bukti dalam mana-mana kes kehadiran DNA babi dalam makanan yang disahkan halal.

“Ini kerana pengesahan kandungan sesuatu produk hanya boleh dibuat oleh pihak yang berautoriti dan diekreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia sahaja dengan kriteria-kriteria tertentu,” Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Ujian Hanya Untuk Saringan Awal

Pengarah Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd, Abdul Syukor Othman berkata ujian ini Pork Meat Test ini hanyalah digunakan sebagai langkah berjaga-jaga terutama bagi umat islam yang mnegembara ke negara bukan Islam.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar di Mesir Bersama Daulah Educonsult
Mencari makanan halal di negara bukan Islam adalah satu cabaran yang besar. (Sumber gambar: Epicure)

“Ujian yang dilakukan lebih kepada usaha individu meningkatkan keyakinan mereka terhadap sesuatu produk yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang mekanisma ujian yang dapat dijalankan sendiri.

“Namun keputusan ujian hanyalah untuk menentukan kehadiran unsur babi bukan penentuan halal dan haram,”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here