SETIU, 07 FEBRUARI 2019- Seorang anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) maut selepas terkena bom ikan di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong pada 5.45 petang semalam.

Mangsa, Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz, 32, yang cedera di perut, muka dan kedua-dua belah tangan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Tong

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris, berkata sebelum kejadian, kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa mengajak abang, Nur Muhaimin, 35, adik lelaki, Amirul Hakimi, 20 dan adik iparnya, Mohd Rohadi Ruslan, 30, pergi ke sungai itu untuk memukat ikan

Katanya, kesemua mereka tiba di sungai berkenaan kira-kira pukul 3 petang dan semasa ingin menaiki sampan, mangsa dilihat memegang satu plastik hitam namun,  tidak memberitahu kepada ahli keluarga tentang isi kandungan barangan tersebut walaupun ada yang bertanya.

BACA JUGA :   Acara Maraton Bertukar Tragedi di China

“Dalam masa sama, mangsa dikatakan menyuruh ahli keluarganya yang lain menunggu dan memasang pukat di hilir sungai,” katanya.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata kira-kira 10 minit kemudian, ketiga-tiga ahli keluarga mangsa dikejutkan dengan bunyi letupan kuat.

“Setelah memasang pukat di hilir sungai, ketiga-tiga ahli keluarga mangsa terdengar satu letupan kuat dan bertindak memanggil nama mangsa namun tidak menjawab.

“Mereka bergegas ke tempat mangsa ditinggalkan dan mendapati dia terbaring dengan kecederaan di perut, muka dan kedua-dua belah tangan,” katanya di sini hari ini.

Zulkifli berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sungai Tong untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia sebelum  dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

sumber awani

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here