Atlet Sukan Paralimpik terus membanggakan nama negara Malaysia. Kali ini peserta paralimpik membanggakan negara di mata Asia.
Kejaayan atlet paralimpik ini cukup membanggakan negara Malaysia. Biarlah mereka tidak sempurna fizikal tetapi sempurna sebagai seorang atlet sukan. Kejayan atlet paralimpik ini telah membuka banyak mata-mata pihak yang selalu memandang rendah keupayaan mereka selama ini.
Mohamad Ridzuan Ruzi atau nama glamornya Dik Wan telah dinobatkan sebagai Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018. Siapa cakap kekurangan akan menjadi kelemahan kita. Sedangkan kelemahannya menjadi kekuatan untuk kejayaannya.
Dik Wan yang telah mengharumkan nama negara menerima anugerah berkenaan di Dubai. Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu iaitu Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Emiriah Arab telah menyampaikan hadiah. Majlis ini berlangsung di Dubai.
“Saya gembira dan berterima kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Asia kerana memberi penghargaan ini. Ia membakar semangat saya untuk terus melakar pencapaian lebih baik selepas ini,”
Dia sebelum ini telah berjaya mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 (celebral palsy). Kejayaan berganda untuk dirinya ialah apabila merekodkan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh. Rekod itu dicipta semasa temasya Sukan Para Asia di Jakarta pada Oktober tahun lalu.
Pada temasya di Jakarta, Mohamad Ridzuan Puzi telah mencipta rekod dunia acara 100m lelaki T36saat. Rekod itu telah memadamkan rekod milik atlet Russia iaitu Evgenii Shvetcov. Pada Kejohanan Dunia 2013 di Lyon direkodkan 11.90s oleh beliau. Kini telah lebur kerana Ridzuan Puzi.
Lebih membanggakan Ridzuan juga telah meleburkan rekod Sukan Para Asia acara lompat jauh. Rekod catatan lompat jauhnya merekodkan catatan 5.9m. Seterusnya memadamkan rekod lama yang di lakukan Yang Yi Feu pada tahun 2016 dengan 5.45m.
Anugerah ini sememangya layak menjadi milik Dik Wan kerana telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan. Malah banyak rekod dipecahkan olehnya. Anda adalah wira negara. Tahniah dan semoga terus mengharumkan nama negara Malaysia tercinta.
Sudah pasti kejayaan Ridzuan Puzi akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Semoga atlet sukan lain dapat menjadikan Ridzuan sebagai sumber inspirasi. Walaupun dia atlet paralimpik tetapi sentiasa ingin mnegharumkan nama negara. Tahniah.