Bantuan RM100 kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) akan diberikan hujung Mac nanti. Sudah pasti ia satu berita gembira kepada semua pelajar IPT.

Selama ini bantuan kepada pelajar IPT ini adalah idea daripada Datuk Seri Najib apabila memperkenalkan Baucer Buku. Selepas itu, menaikkan taraf kepada kad debit dengan kerjasama bersama Bank Rakyat.

3n8sifh8 o

RM100 akan diberikan kepada setiap penuntut warganegara Malaysia di institut pengajian tinggi. Hal ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Ia diteruskan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar di peringkat IPT dan ia merupakan cadangan daripada Kementerian Pendidikan. Pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bagi tahun ini.

BACA JUGA :   Lockdown: Kerajaan Mulakan Inisiatif PEMERKASA PLUS

Bjlhwntu o

Walaupun dananya tidak sama seperti bantuan BPPT selama ini di bawah pemerintahan Najib. Bantuan dahulu kepada pelajar sebanyak RM250 namun kali ini sebanyak RM100 yang akan diberikan kepada pelajar.

Dananya mungkin kecil seperti sebelum ini tapi ia sudah pasti berbaloi kerana bantuan ini masih diteruskan. Sudah pasti pelajar berlapang dada menerima segala bantuan yang diberikan ini.

Noftrwcs o

Pemberian bantuan ini akan disalurkan pada hujung bulan Mac 2019 menggunakan mekanisme sedia ada. Bantuan masih menggunakan kad debit Bank Rakyat yang merupakan penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang terdahulu.

“Bantuan ini dijangka memanfaatkan 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data yang lama dan akan melibatkan peruntukan RM120 juta,” katanya sambil menambah perincian pelaksanaan BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan kelak.

BACA JUGA :   Krisis Myanmar: Lebih 6,000 Ditahan Sejak Rampasan Kuasa

Crpupzsc o

“Penyaluran BPPT ini dibuat selaras dengan pengumuman kerajaan pada 20 Februari 2019 untuk memberi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 untuk golongan bujang, berikutan saranan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi lebih perhatian kepada usaha-usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup.

“Bayaran BSH untuk golo­ngan bujang ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 juta. (Sumber: Utusan Online)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here