Bantuan Sara Hidup (BSH) telah diwujudkan bagi mengantikan BR1M selama ini. Namun, tujuannya masih sama iaitu membantu mereka yang susah.
Pada ketikanya bantuan ini hanya diberikan kepada mereka yang sudah berkeluarga dan tidak berkemampuan. Bantuan untuk golongan bujang sudah tidak ada untuk Skim Bantuan Sara Hidup ini.
Golongan bujang tidak menerima bantuan seperti mana Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebelum ini. Kali ini, Menteri Kewangan Malaysia iaitu Lim Guan Eng berkata sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini.
Bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 ini akan memanfaatkan lebih tiga juta individu. Ia telah melibatkan sebanyak RM300 juta untuk pemberian kepada golongan bujang.
“Bayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” (Sumber: Astro Awani)
Namun untuk pembayaran yang selanjutnya akan dikaji semula kerana masih dalam peringkat awal. Kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
BSH 2019 masih memberi keutamaan kepada penerima yang berkeluarga kerana mereka mempunyai tanggungan. Menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan mereka.
Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian kepada semua pihak. Semuanya akan diselesaikan dalam masa terdekat untuk memudahkan segala penyelarasan.
Menteri Dalam Negeri iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan menyarankan supaya bantuan kepada anak muda bujang. Bantuan diberikan kepada mereka yang berpendapatan kecil.
“Lantaran saranan tersebut dan sebagai menepati hasrat kerajaan berjiwa rakyat yang berkeprihatinan, Kementerian Kewangan, sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018. (Sumber: Astro Awani)
Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my.