KUALA LUMPUR, 8 Februari 2019- Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya yang masing-masing berusia 17 tahun ditahan susulan penemuan mayat bayi di rumah sampah sebuah kuarters penjawat awam di Presint 18, Putrajaya dekat sini, semalam.

Turut ditahan bapa remaja perempuan yang disyaki melahirkan bayi itu. Ketiga-tiga mereka ditahan petang semalam di sekitar Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata remaja perempuan itu dipercayai melahirkan bayi perempuan tersebut kira-kira 11.30 pagi Rabu lepas ketika kandungan berusia tujuh hingga lapan bulan.

“Suspek remaja perempuan kemudian menutup mulut bayi itu dengan tuala serta membalut badannya dengan selimut sebelum dimasukkan ke dalam beg sekolah yang kemudian dibungkus dalam plastik sampah dan diikat.

BACA JUGA :   Fenomena "Bird box Challenge" punca gadis 17 tahun kemalangan

“Bapa remaja itu membawa bungkusan plastik sampah berisi bayi itu ke rumah sampah dan meletakkannya di luar rumah sampah berkenaan bersama sampah lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazlan berkata mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat yang akan dijalankan hari ini.

Pagi semalam, mayat bayi perempuan ditemui pekerja Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di Blok D perumahan itu selepas memunggah sampah dari dalam sebuah tong sampah ke dalam lori.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here