Baru-baru ini viral sebuah video yang berdurasi 56 saat yang menunjukkan seorang wanita yang menaiki lif seorang diri di sebuah stesen MRT dan disamun oleh seorang lelaki.

Kejadian tersebut berlaku di Stesen MRT Taman Mutiara kira-kira 6.45 pagi Khamis lalu. Video tersebut menunjukkan mangsa yang menggalas beg dan beg tangan masuk ke dalam lif bersama seorang lelaki berbaju gelap sebelum dibelasah bertalu-talu tanpa belas kasihan.

Alhamdulillah, suspek terbabit telah berjaya ditahan polis ketika sedang mencukur rambutnya bagi mengubah identiti diri.

 

Kawasan sunyi seperti di lif atau tempat letak kenderaan memudahkan penjenayah untuk menyorok dan menunggu mangsa. Kebiasaan penjenayah akan merayau-rayau atau bersembunyi mencari mangsa yang sesuai sebelum ‘aim’ dan ‘attack’ mangsa.

ALERT! SASARAN KEGEMARAN PENJENAYAH

  • Seseorang yang kelihatan mesra, ramah, malu-malu, sesat, pelupa atau mabuk. Individu seperti ini senang untuk dimanipulasi
  • Seseorang yang memakai fon telinga atau sedang berbual di telefon bimbit dan tidak menghirau keadaan sekeliling
  • Seseorang yang menghabiskan masa dengan telefon bimbit
  • Seseorang yang tidak sedar diikuti
  • Seseorang yang berada di tempat letak kereta berhampiran trak – mudah untuk bersembunyi
  • Seseorang yang penuh dengan barang – membawa beg barangan atau mengendong bayi
BACA JUGA :   5 Tips Study Last Minute Sehari Sebelum Exam

Ada beberapa tips yang harus anda ambil berat dan praktikkan semasa berada di tempat sunyi atau gelap. Tips ini bukan hanya perempuan boleh mempraktikkan, lelaki juga boleh.

PRAKTIKKAN TIPS INI!

  1. SENTIASA berwaspada dan berhati-hati di sekeliling anda (elakkan memakai EARPHONE, telefon bimbit atau sebarang gangguan lain)

2. BAWA semburan lada (pepper spray) dan penggera keselamatan peribadi seperti wisel dan ia boleh dibawa bersama dan digunakan serta-merta. Sekiranya anda berhampiran dengan kereta anda, tekan butang kecemasan kunci kereta anda atau hon kereta anda. Penggera peribadi ini akan membantu anda untuk menghalang pemangsa dan menarik perhatian orang ramai. Pastikan anda juga bersedia dengan semburan lada pada muka pemangsa.

3. BERJAGA-JAGA dengan orang sekeliling dan anggap mereka sebagai ancaman. Jangan mudah mesra dengan orang yang tidak dikenali kerana kita tidak mengetahui niat sebenar mereka. Keselamatan diri lebih penting dari keramahan pada orang yang tidak dikenali.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Dhaka Medical College

4. JIKA anda harus berjalan seorang diri dan mendapati anda diekori, jerit ‘KEBAKARAN’ atau ‘API’ selain dari ‘TOLONG’. Kebanyakan orang tidak mahu terlibat jika terdengar jeritan meminta tolong, tetapi kalau kamu menjerit ‘KEBAKARAN’, ia akan menarik perhatian orang.

5. SENTIASA menggunakan lif atau tangga bergerak. Elakkan menggunakan lif berdua dengan orang tidak dikenali atau jika ada orang mencurigakan. Sentiasa berada di depan pintu lif untuk memudahkan anda untuk lari. Elakkan guna tangga kerana tangga boleh menjadi tempat ‘sempurna’ untuk melakukan jenayah.

Tidak kiralah di mana kita berada, sentiasa awasi pergerakan orang lain dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Semoga kita terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Jaga diri dan berwaspada dengan keadaan sekeliling!

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here