Tak Takut Pada Rotan dan Denda? Pihak Polis digunakan Dalam Kes Buli.

0
2922

Buli semakin menjad-jadi dalam kalangan pelajar sekolah seolah-olah ianya trend. Malahan, gejala ini turut berlaku kepada murid sekolah rendah.

Isu ini kembali menjadi hangat apabila video seorang murid darjah 6 dibuli ramai-ramai di dalam kelas. Budak-budak lagi dah pandai nak sepak anak orang. Nasib baik yang dibuli hanya ada kesan lebam tetapi kesan pada mental?

1xgctcgw oKini polis disarankan untuk mengunjungi ke kawasan sekolah sebanyak dua kali dalam sebulan. Lebih mudah mewakilkan pengawai perhubungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengunjungi dan memantau aktiviti persekolahan di seluruh negara.

Teo Nie Ching iaitu Timbalan Menteri Pendidikan langkah itu perlu diusahakan agar kes buli dapat disifarkan. Sasaran itu ditetapkan bagi pihaknya sempena sesi Permuafakatan Kementerian Pendidikan dan PDRM bagi Program Jom Kembali ke Sekolah.

BACA JUGA :   Tertuduh Nampak Lebih 20 Orang Mengelilingi Zulfarhan : Kes Bunuh Zulfarhan

Hs9nhuka o

 “Pihak polis atau pegawai perhubungan awam daripada PDRM ini tidak semestinya boleh hadir semasa sesi perhimpunan saja, tetapi ketika menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau mendekati murid dan pelajar mahupun guru secara.

“Selain itu, pegawai yang ditugaskan juga boleh bermesyuarat dengan guru di sekolah bagi membincangkan pelbagai format yang boleh menangani masalah disiplin.

“Kita percaya dengan kehadiran polis di sekolah, ia mampu membantu mengatasi kes jenayah membabitkan murid dan pelajar,” (Sumber: Metro)

Ah80dinr o

Katanya, program memasuki tahun ketiga itu dilihat berjaya membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin selain diharap mengurangkan kadar keciciran.Beliau hadir ketika Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan dan PDRM dan Program Jom Kembali ke Sekolah.

BACA JUGA :   Guru Sekolah Dibenarkan Aktif Dalam Politik Tetapi Dengan Satu Syarat

Majlis itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Putraja Presint 16 (1) di Putrajaya. Turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur iaitu Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Dzjaskge o

Keberkesanan program ini menjadi faktor untuk diteruskan dan kementerian dalam perancangan untuk menyediakan papan kenyataan khas buat PDRM. Bagi membolehkan berkongsi maklumat penting di sekolah.

Maklumlah budak zaman sekarang sudah tidak takut lagi dengan denda, rotan, sebatan malah mungkin bergembira dengan keputusan digantung sekolah. Dengan bantuan pihak polis pasti dapat menakutkan individu-individu yang suka membuli.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here