Langkawi, 26 Februari 2019 – Sebuah feri penumpang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis terbakar jam 2.50 petang hari selepas baru lima minit baru memulakan pelayarannya dari Terminal Feri Kuah,Pulau Langkawi.

Seramai 52 orang penumpang yang berada dalam feri berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba serta bot persendirian yang berada di sekitar perairan itu.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah Dan Perlis, Feri Dragon Star 1 itu berlepas dari Jeti Kuah pada jam 2.30 petang sebelum

pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.48 petang dan segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pantai.

“Maklumat awal mendapati, terdapat mangsa yang bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here