Gaji terus menjadi isu kepada pemain bola sepak professional di Malaysia. Mereka bekerja keras untuk memenangi perlawanan tapi gaji tetap tidak dibayar.

Nasib mereka sungguh malang apabila gaji tidak dibayar berbulan-bulan malah ada kelab terus dibubarkan. Pemain yang ada pula terus tidak ada hala tuju. Nasib yang menimpa kepada pemain Terengganu City FC, Felda United, Pulau Pinang dan Perlis.

Lf0qwctv o

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) bercadang untuk mewujudkan tabung khas. Tabung khas itu dengan sumbangan minimum RM1 bagi mengumpul dana membantu pemain-pemain yang berdepan masalah tunggakan ini.

Ada logiknya juga jika sejuta warga bola sepak membabitkan pemimpin, jurulatih, pemain dan peminat menyumbang RM1 seorang. Tabung ini mampu mencecah minimum RM1 juta. Dengan ini dapat meringankan beban pemain yang teranaiya.

BACA JUGA :   Jumlah Gaji Minimum Baharu Bagi Pekerja Swasta Akan Diumumkan Tahun Hadapan

Zcnjldck o

Presiden PFAM iaitu Rezal Zambery Yahya, penubuhan tabung akan berjaya dilaksankan. Sekiranya semua bersatu dan memberi komitmen untuk membantu pemain yang menjadi mangsa keadaan.

S06lnnq2 o

“Boleh diketengahkan (penubuhan tabung khas) sebagai pilihan, tapi bukan dalam masa terdekat ini kerana kita masih mempunyai banyak kes tertangguh”

 “Kita juga boleh bekerjasama dengan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk minta sumbangan dana bagi mewujudkan tabung ini,” (Sumber: Metro).

Ibtffdsn o

Mesyuarat Jawatankuasa Status FAM yang kali ke-10 telah bersidang pada 1 Februari lalu memutuskan semua pasukan perlu menyelesaikan tunggakan gaji dalam tempoh 30 hari. Jika tidak kelab itu boleh digantung lesen dan tidak dibenarkan untuk bertanding.

BACA JUGA :   FAM Tidak Izinkan TMJ Letak Jawatan Selagi Beliau Tidak Melakukan Perkara Ini...

Tabung ini adalah dana kepada pemain yang mempunyai masalah tunggakan akan diberi dahulu. Setelah tunggakan gaji ini selesai mereka perlu membayar semula kepada tabung itu. Dana  yng ada akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.Pwybcist o

(Sumber: Keratan Sinar Harian)

Sekiranya selepas ini masih ada persatuan yang tidak membayar pemain mereka untuk tempoh yang agak lama. Tabung dana ini akan digunakan bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain yang terlibat.

Tabung bantuan ini hanya sementara sahaja kerana persatuan atau kelab wajib untuk membayar pemain dan pegawai mereka. Tidak mahu wujudnya persatuan atau kelab bola sepak mengambil kesempatan dan lepas tangan untuk membayar gaji pemain mereka.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here