Pakar perubatan awam, menjelaskan hujah agama yang digunapakai oleh golongan profesional bukan dari bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif tentang keburukan vaksin merupakan salah satu faktor ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka.

Ibu bapa yang termakan hujah kedua-dua golongan itu tidak lain hanya menyukarkan tugas kerajaan menangani kes penyakit kerintangan vaksin yang direkod saban tahun seperti yang dinyatakan oleh Prof Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaya.

Katanya, ramai ibu bapa tertipu dengan hujan antivaksin oleh golongan berpendidikan namun bukan dari bidang perubatan. Golongan ini datang dari kepelbagaian latar belakang pengetahuan yang ditimba di luar dan dalam negara menyebabkan fakta-fakta kritikal berkaitan isu perubatan disalah tafsir yang membuatkan masyarakat memandang vaksin membawa keburukan.

Hujah ini turut dipakai golongan penjual tidak bertauliah yang mempopularkan produk alternatif vaksin di pasaran dan wujud unsur-unsur perniagaan yang mengutamakan keuntungan disandarkan atas nama kesihatan.

INGIN MENJADI AHLI PERUBATAN?

BACA JUGA :   Pelat Boleh Dirawat. Tips Untuk Sembuhkan Pelat Anak Anda.

Anda berminat untuk berada dalam bidang perubatan dan berimpian untuk menjadi ahli perubatan? Tetapi masih tercari-cari tempat pengajian yang menawarkan bidang perubatan di universiti-universiti terbaik?

Daulah Educonsult adalah jawapan kepada persoalan anda itu!

Sebelum ini wujud sindiket penjualan vaksin palsu di negara jiran yang wajar diambil iktibar. Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mengatakan bahawa wujudnya kumpulan dan individu yang menggunakan pelbagai platform termasuk media sosial untuk menyebarkan berita palsu mengenai keburukan vaksin terhadap orang ramai.

Golongan antivaksin ini sering menggunakan hujah agama seperti isu penggunaan bahan tidak halal, sedangkan isu berkenaan telah lama diatasi menggunakan teknik kejuruteraan sel yang menghasilkan vaksin tanpa penglibatan haiwan yang haram di sisi syarak.

Golongan-golongan ini sering mengklasifikasikan sebahagian besar bahan digunakan dalam vaksin berasal daripada bahan bertoksik dan haiwan yang haram di sisi syarak, walhal tanpa sebarang asas bukti penyelidikan yang kukuh.

Semua vaksin yang dihasilkan perlu melalui sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan sampingannya. Ujian klinikal melibatkan ribuan responden dari pelbagai kawasan geografi dan ia terbukti menghasilkan antibodi melawan penyakit berbahaya dengan izin Tuhan.

BACA JUGA :   Malaysia Bakal Bina Kilang Vaksin Halal Pertama Dunia

Tambahan itu, pendekatan terhadap perubatan bagi penganut beragama Islam perlulah menepati kaedan ditetapkan syarak antaranya mendahulukan kepentingan nyawa, yang penggunaan vaksin terbukti mampu melawan penyakit berbahaya seperti campak, batuk kokol dan tetanus atau penyakit kejang urat.

SAMBUNG BELAJAR BERSAMA EDUCONSULT SDN. BHD.

Anda berminat untuk menjadi bakal graduan bidang perubatan? https://daulahmedic.com/ akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pengajian di luar negara.

Daulah Educonsult Sdn. Bhd. merupakan agensi pengurusan pelajar-pelajar ke luar negara dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form (https://docs.google.com/forms/) atau hubungi konsultan kami di (019-943 949).

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here