Peniaga Tidak Bersetuju Jalan Tar ditutup. Rezeki Mereka Akan Terjejas.

0
1556

Jalan Tar yang akan ditutup telah mendapat respon negatif daripada peniaga. Ramai peniaga tidak mahu dipindahkan tempat kerana ia merupakan lubuk rezekinya

Walaupun ada baiknya penutupan jalan itu kerana mampu memeriahkan industri pelancongan Malaysia. Bayangkan di Petaling Stress ada pelbagai jenis makanan China, di Brickfields ada makanan kaum India dan di Jalan Tar penuh dengan makanan orang Melayu.

Cxmmz1d2 o

Pengumuman minggu lalu hanyalah untuk mendapatkan respon daripada pelbagai pihak. Respon di media sosial rata-ratanya bersetuju dengan cadangan penutupan itu. Namun, cadangan ini telah ditentang oleh sesetengah peniaga di Jalan Tar.

Isu ini mendapat maklum balas daripada Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Khalid Abdul Samad. Selepas cadangan beliau bekernaan penutupan Jalan Tar pada 15 Mac depan. Semuanya masih dalam proses cadangan dan perbincangan.

BACA JUGA :   Jalan TAR akan ditutup? Bermula Pada 15 Mac Ini.

Dueiqksr o

“Kita masih lagi dalam proses perbincangan dan saya sendiri turun padang meninjau Jalan TAR membabitkan Jalan Esfahan hingga ke Jalan Melayu, petang ini (semalam) bagi melihat keadaan di sini.

“Selepas ini kita akan mengadakan perbincangan dengan pihak Persatuan Peruncit Jalan Batu (BARRA) untuk mendapatkan satu keputusan yang akan dimuktamadkan.

“Saya tak nak isu ini tertangguh lama dan kalau boleh diselesaikan sebelum 15 Mac ini. Saya akan umumkan keputusan dalam tempoh terdekat selepas mendengar pandangan semua pihak. (Sumber: Metro)

Ndc4abni o

Semua cadangan dan pandangan akan diterima oleh pihaknya bagi menyelesaikan isu ini dengan baik. Selepas meneliti semua respon daripada pelbagai pihak barulah akan ada keputusan untuk menutup atau tidak.

BACA JUGA :   Wajarkah Malaysia Digelar Negara Islam Jika Luluskan Penganjuran Better Beer Festival ?

Perubahan tetap akan dilakukan dan rombakan semula bagi mengalakkan perniagaan. Tidak ada kepentingan untuk mana-mana pihak untuk mendapatkan duit dalam projek ini.

Jdumcvhl o

Cadangan Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKMWP) boleh menguruskan sendiri permohonan tapak bazar Ramadhan. Sekiranya  menawarkan kadar sewa lebih rendah daripada DBKL.

Sekiranya kita bagi pada persatuan tetapi mereka kenakan caj lebih tinggi pun sama juga. Apa yang kita buat adalah cuba memilih mereka yang kita tapis berdasarkan merit seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) untuk berniaga,

“Lebih baik DBKL yang uruskan sendiri permohonan ini supaya tidak timbul isu lain. (Sumber: Metro)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here