Kalau kita berkunjung ke mana-mana atau melancong ke sesuatu tempat, pastinya kita ingin membeli cenderahati ataupun ‘souvenir’ dari tempat tersebut sebagai kenangan dan cenderamata untuk mereka yang tersayang.

Jika anda ke Rusia atau menyambung pengajian ke sana, pasti anda ingin membawa pulang cenderamata buat keluarga serta rakan-rakan yang ada. Di Rusia, anda boleh memilih beberapa cenderahati dari Rusia yang unik dan sukar untuk ditemukan.

 

SAMBUNG PENGAJIAN ANDA KE RUSIA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.

Jom kita tengok apa ‘souvenir’ yang unik dan menarik yang boleh didapati hanya di negara jolokan Beruang Merah ini.

  1. Miniatur Palekh

Miniatur Palekh merupakan salah satu cenderahati yang wajib dibeli ketika anda melancong ke Rusia. ‘Souvenir’ ini merupakan lukisan yang dilukis di atas kayu. Tradisi melukis di atas kayu ini sudah lama wujud di Rusia sejak abad ke-12, di Kampung Palekh, Kholuy, Msytora dan Fedoskino.

 

  1. Susha dan Dymkovo

Permainan kanak-kanak ini telah menjadi kebanggaan reka bentuk kontemporari Rusia selama beberapa tahun. Susha diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk nuansa minimalis dari tahun 1920-an. Manakala, dymkovo atau turut dikenali sebagai Vyatka ini dicetak dari tanah liat.

BACA JUGA :   Norma Baharu Kehidupan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan

Perhiasan Kirov yang tersendiri ini merupakan salah satu aspek tertua kerajinan Rusia biasanya boleh berupa tokoh manusia atau haiwan dengan warna-warna cerah khas Negara Merah Beruang.

 

  1. Birch

Birch merupakan pokok yang tumbuh banyak di Rusia, di mana rakyatnya memanfaatkan getahnya untuk dijadikan minuman tradisional. Selain itu, kulit pokok Birch ini banyak dijadikan sebagai hasil kraftangan oleh rakyatnya.

 

Dengan reka bentuk rumit dan butiran renda, bentuknya juga boleh menjadi bingkai gambar, kotak barang kemas, kotak tisu, dan sebagainya.

 

  1. Valenki dan Tabani

Valenki dan Tabani merupakan sepasang kasut boot dan stoking Rusia ini juga boleh menjadi cenderahati yang menarik. Valenki adalah boot yang diperbuat daripada bulu halus dan dipakai semasa musim sejuk, dan biasanya dipakai oleh kanak-kanak kecil. Manakala, sama seperti valenki, stoking tabani juga digunakan untuk menahan sejuk di Rusia. Bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan dikait dengan motif cantik oleh nenek Udmurtia.

  1. Selendang Pavloposadskie dan Orenburg

Rusia turut terkenal dengan produk selendang mereka yang terkenal dengan kualitinya yang tinggi dan mempunyai ciri khas yang unik.

BACA JUGA :   Bidang Pengurusan Perniagaan Di Vincent Pol University

Salah satu selendang yang paling unik adalah selendang yang berasal dari kota Pavloposadskie yang dibuat dengan motif bunga yang cerah. Motif bunga yang cerah ini sering diidentitikan dengan kecantikan wanita Rusia yang menawan dan ceria walaupun tinggal di salah satu tempat yang tertinggi di dunia.

Selain selendang Pavloposadskie, terdapat satu lagi selendang yang mempunyai ciri khas Rusia, iaitu selendang Orenburg yang khusus untuk musim sejuk yang dikait menggunakan bulu kambing.

Selendang ini kononnya boleh membuat si pemakainya berasa lebih hangat selain dikatakan unik kerana hanya dikait menggunakan satu gulung benang sahaja.

 

BELAJAR DI RUSIA DENGAN DAULAH EDUCONSULT

Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu berebut tempat untuk belajar ke luar negara kerana Daulah Educonsult adalah agensi yang membantu anda menguruskan pengajian ke luar negara dan anda telahpun mendapat tempat ke universiti yang anda inginkan serta sesi konsultasi secara percuma!

DAFTAR DENGAN EDUCONSULT SEKARANG!

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia atau di luar negara yang lain, dalam bidang yang anda minati, anda boleh mengisi borang Google Form (https://docs.google.com/forms/) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di (019-943 949) atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here