Kanak-kanak terus menjadi ‘Target Point’ atau mangsa penculikan. Yang lebih mendukacitakan apabila mereka semua dibunuh dengan kejam.

Dosa apakah kanak-kanak ini terhadap mereka yang tergamak melakukan perbuatan sebegini. Motif dendam dengan keluarga tetapi mereka dijadikan sebagai mangsa? Tidak cukup dibunuh, didera malah ada yang diperkosa sebelum dibunuh.

#1. Nurul Huda Abdul Ghani (2004)

Qnfkqkfv o

Nama panggilan ‘Manja’ yang merupakan anak bongsu berusia 10 tahun.  Kehilangan kanak-kanak ini pada 17 Januari 2004 yang menunggang basikal untuk membeli telur. Kedai yang terletak 500 meter sahaja dari rumah.

Tidak pulang ke rumah sehingga jam 12.45, keluarganya membuat laporan polis sehingga membawa penemuan tubuhnya yang nyawa-nyawa ikan di tandas Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB). Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

#2. Nurin Jazlin Jazimin (2007)

Idz0tap8 o

Pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin merupakan pembunuhan yang paling tragik. Mayatnya yang ditemui oleh pemilik kedai di Petaling Jaya. Nurin hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri pada 20 Ogos 2007.

BACA JUGA :   Guru Tadika Ini Pukul Budak 4 Tahun Sehingga Alami Pendarahan Teruk Di Telinga

Lebih memilukan apabila keputusan bedah siasat mendapati pembunuh telah memasuki timun dan terung ke dalam kemaluannya. Ketika ditemui fizikal beliau dalam keadaan kurus kering dengan pelbagai kesan lebam pada badannya.

#3. Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang (2012)

X7oobknk o

Dirang yang berusia 5 tahun dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012. Kanak-kanak ini hanya keluar rumah membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di bawah rumahnya. Dirang ditemui mati akibat dibunuh dan dibakar pada 8 Mac 2012.

Dirang ditemui dalam lubang tapak perumahan terbengkalai. Suspek berjaya diberkas polis dan ia menceritakan bahawa telah mencekik Dirang sehingga mati dan membakarnya. Motif pembunuhan hanya kerana dendam dengan nenek Dirang.

#4. Noor Amilia Edrus Norsham (2016)

Khsbjvxw o

Dia dipercayai hilang pada 11 Ogos 2013 selepas keluar menunaikan solat Maghrib di surau yang terletak 20 meter dari rumah ibu tirinya di Jinjang. Mayat mangsa ditemui di kawasan semak dengan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

BACA JUGA :   Mengenal Dunia Pertama

Mangsa dibunuh dengan kaki dan tangan mangsa diikat serta mayatnya dibuang dari atas tebing yang ketinggian 20 meter. Semasa mayat ditemui, kepalanya telah berpisah daripada badan.

#5. Siti Masyitah (2019)

C4gywycq o

Kes paling baharu apabila Siti Masyitah dilaporkan hilang apabila keluar ke kedai untuk membeli makanan. Mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit dalam keadaan cukup menyayat hati dengan kepalanya terpisah dari badan, tangan dan kaki diikat serta beberapa organ dalamannya tidak ditemui

Kes masih dalam siasatan walaupun penculiknya sudah ditemui. Pembunuhan dikatakan bersifat dendam terhadap keluarga.

Semoga keluarga kanak-kanak ini diberi ketabahan dan semua roh mangsa tenang di sana. Semoga mereka yang terlibat dalam jenayah ini diberi hukuman yang setimpal.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here