Makanan Yang Membuatkan Anda Hilang Mengantuk Secepat Mungkin.

0
1272

Makan sehingga kenyang membuatkan anda rasa mengantuk. Tidak kira anda makan waktu pagi atau tengah hari tapi membuatkan anda tidak bermaya.

Sarapan sememangnya penting untuk memberi tenaga tetapi jika diambil secara berlebihan tidak bagus. Anda akan berasa cepat mengantuk dan malas jika sudah terlalu kenyang. Terutamanya anda yang masih bergelar pelajar dan bekerja di ofis.

#1. Banyakkan sayur & buah dalam hidangan

Yprqqk76 o

Sayur dan buah-buahan amat bagus untuk diamalkan dalam setiap hidangan. Bukan sahaja anda tidak akan mengantuk malah dapat menyihatkan tubuh badan.

Buah dan sayur mempunyai komposisi kalori yang rendah. Ia menyingkirkan natrium lebihan bagi membantu mengurangkan rasa kembung. Pasti anda akan berasa lebih sihat sekiranya melengkapi hari anda dengan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.

BACA JUGA :   Tips Berguna Bagi Anda Yang Mengalami Masalah 'Motion Sickness'

#2. Makan Ikan

Edd67edq o

Pasti ikan bukan makan kegemaran orang ramai kerana selalunya menjadi pilihan ayam, daging atau makanan laut yang lain.Ā  Ikan kaya dengan vitamin B dan nutrien yang mampu memberi tenaga kepada anda.

Nikmati hidangan ikan seperti tuna dengan salad atau salmon panggang. Maklumlah hidangan yang berat membuatkan anda mengantuk. Hidangan seperti ini akan membuatkan anda lebih cergas dan cerdas. Ala biar nampak moden janji tubuh badan sihat.

#3. Melakukan Regangan

Ecoojw6f o

Jika anda memang sudah rasa mengantuk yang memerlukan anda tidur. Lakukan regangan sedikit tetapi jangan terus tidur pula. Anda boleh melakukan aktiviti berjalan selama 30 minit hingga 45 minit. Aktiviti fizikal merangsang otot-otot dan membuatkan anda berasa cergas.

BACA JUGA :   Dhaka Medical College Menawarkan Bidang Perubatan Terbaik di Bangladesh

Jika tidak sempat, anda boleh berjalan kaki dengan menaiki tangga di pejabat beberapa kali. Elakkan menggunakan lift kerana ia tidak akan membuat anda cergas malah akanĀ  rasa lebih mengantuk lagi.

#4. Minum minuman rendah kalori berkafein

Yar713te o

Hirup minuman berkafein yang sihat dan rendah kalori pada pertengahan waktu pagi. Sebagai contoh secawan ten atau kopi. Yang paling bagus adalah kopi atau ais latte daripada susu tanpa lemak yang akan memberi kesegaran tubuh.

Kafein dalam kuantiti kecil boleh menghilamgkan rasa lesu dan membuatkan anda lebih bertenaga. Namun minuman 3 dalam 1 perlu dikurangkan kerana minuman pracampuran ini mengandungi banyak gula.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here