Laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), minum minuman yang sangat panas boleh meningkatkan risiko kanser esofagus. Penyelidikan yang dilakukan oleh 23 saintis panel antarabangsa menyatakan tiga kunci utama kajian yang menunjukkan orang yang minum kopi atau the pada suhu yang lebih tinggi lebih cenderung untuk mendapat kanser esofagus berbanding orang yang mengambil minuman kurang panas.
Minuman panas dikatakan boleh merosakkan sel-sel di bahagian esofagus anda. Profesor epidemiologi Universiti California yang juga merupakan ahli panel WHO, Dr Mariana Stern juga menjelaskan minuman panas boleh menyebabkan risiko kanser esofagus sebanyak dua kali ganda.
Menurut laporan WHO, minuman 149 darjah Fahrenheit (65 darjah celcius) ke atas berada dalam zon bahaya dan meningkatkan risiko kanser.
BAGAIMANA IA BOLEH MENYEBABKAN KANSER?
Kopi, teh dan minuman panas lain boleh membakar kerongkong dan ia akan merebak yang kemudiannya mencetuskan kanser.
Pakar pemakanan klinikal di Pusat Kanser MD Anderson, Universiti Texas, Andrianan Salmon, luka terbakar seperti minuman panas boleh merosakkan sel esofagus. Ini kerana hubungan antara mianuman panas dan kanser berfungsi dengan cara yang sama seperti hubungan antara penggunaan alkohol dan kanser esofagus, bentuk kanser kelapan yang paling umum di dunia.
TITIKBERATKAN SUHU MINUMAN ANDA!
Pengambilan kopi dan teh tiada hubungan dengan risiko kanser. Walau begitu, anda perlu menitikberatkan suhu minuman anda bagi mencegah risiko kecederaan pada bahagian kerongkong yang boleh mencetuskan risiko kanser esofagus.
CEGAH KANSER ESOFAGUS
Penemuan ini membuktikan bahawa cecair sangat panas (65 darjah celcius dan ke atas), apa-apa komposisi, memindahkan haba ke esofagus dan dengan itu menyebabkan kanser esofagus. Kanser esofagus menyebabkan kira-kira 5% kematian kanser di seluruh dunia, atau kira-kira 400,000 kematian yang berkaitan dengan kanser esofagus.
INGIN JADI PEGAWAI PERUBATAN?
Anda berimpian untuk menjadi pegawai perubatan? Tetapi masih tercari-cari tempat pengajian yang menawarkan bidang perubatan di universiti-universiti terbaik?
Daulah Educonsult adalah jawapan kepada persoalan anda itu!
Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.
PILIH DESTINASI DAN DAFTAR SEKARANG!
Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia atau di luar negara yang lain, dalam bidang yang anda minati, anda boleh mengisi borang Google Form (https://docs.google.com/forms/) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di (019-943 949) atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.