Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik telah menolak cadangan penghapusan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) dan memasukkannya dalam modul peperiksaan sekolah menengah kerana ia akan membebankan pelajar.

Menurutnya, MUET merupakan peperiksaan kelayakan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, dan ia berbeza dengan peperiksaan sekolah, maka ia tidak boleh dihapuskan.

Manakala, dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sudah terdapat Bahasa Inggeris.

Maszlee menjelaskan ujian MUET ini boleh dikatakan seperti A Level atau O Level tetapi pelajar tetap perlu mengambil IELTS (International English Language Testing System).

Dia mengulas laporan akhbar tempatan yang memetik beberapa pihak yang menggesa kementerian untuk mengkaji semula keperluan wajib MUET dan ia harus dimasukkan ke dalam SPM.

BACA JUGA :   Dhaka Dental College Institusi Pendidikan Pergigian Terbesar di Bangladesh

Menurut laporan tersebut, MUET tidak perlu dijadikan peperiksaan berasingan sebagai syarat wajib lulus memasuki universiti awam, kerana ia membebankan dari segi kewangan dan memberi tekanan kepada pelajar untuk lulus.

Bagi saya, keputusan Menteri Pendidikan untuk tidak memansuhkan MUET adalah sangat bernas, kerana kita menapis tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar serta menggalakkan pelajar untuk lebih belajar dan menguasai Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris sekarang digunakan di mana-mana sahaja, di sekolah, universiti malahan di alam pekerjaan, jadi ia menjadi elemen yang sangat penting dalam pendidikan setiap pelajar.

Bahasa Inggeris di sekolah mungkin lebih mudah berbanding di universiti, jadi ujian MUET ini perlu dan penting untuk semua pelajar.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here