Pas seolah-olah mempunyai krisis dalaman di antara ahlinya. Terutamanya selepas kenyataan Datuk Husam Musa terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa menyarankan agar PAS membuat beberapa pilihan berhubung tindakan Abdul Hadi Awang. Hal ini memandangkan keputusan beliau yang menarik balik tuntutan terhadap Clare Rewcastle Brown.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu berpendapat sama ada plaintif iaitu Presiden PAS sendiri mengambil tanggungjawab untuk mengundurkan diri. Pemimpin yang terbabit dengan kes itu untuk mengundur diri. Berhubunga dengan penyiaran sebuah artikel Sarawak Report pada 2016.
Menurutnya, pemimpin dan ahli yang bermaruah juga boleh mengusulkan sesuatu bagi memulihkan integriti parti. Malahan orang sentiasa memandangkan parti itu sentiasa mengaitkannya dengan agama.
“Dari sinilah, jauh di lubuk hati saya, episod ini adalah sebuah tragedi malang. Amat malang. Nama baik sebuah parti yang dulu menjadi pengharapan rakyat sudah tercemar.
“Dalam dunia pemikiran yang jernih, kegagalan mengambil peluang memadamkan dakwaan Sarawak Report perlu diikuti oleh sesuatu tindakan.
“Selepas menghabiskan lebih RM 2 juta wang yang sebahagiannya dipungut daripada ahli dan penyokong, (namun) yang mendapat laba (habuan) hanya peguam di London dan kedudukan laporan Sarawak Report sedikit pun tidak terusik,” (Sumber: Facebook Datuk Husam Musa)
Keputusan Abdul Hadi untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan menjadi persoalan orang ramai. Sebelum ini, Presiden Pas menfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017.
Saman dituntut apabila laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 mendakwa beliau menerima dana sebanyak RM90 juta. Dana itu diterima sebagai usaha untuk menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional dan UMNO.
Menurut Husam juga rakaman audio seorang pemimpin muda PAS yang membuat pengakuan sememangnya wujud perbuatan menerima wang itu. Membuktikan bahawa parti yang pernah digelar ‘asabiyah’ oleh pemimpin parti bertunjangkan Islam itu gagal membuktikan mereka tidak bersalah.
Pengumuman oleh seorang pemimpin kanan parti itu menjelang PRU lalu bahawa Presiden mereka sudah berjaya memenangi saman fitnah itu hanya lah mimpi. Sehingga kini kes ini berlalu di bawa angiin tanpa ada penyelesaian dan kesudahan.
.